Sunday, July 15, 2018

Isteri Penat - Jom Kita Rawat



Baiti Jannati



Kalau kita mandi, nampak banyak rambut isteri di lantai.
Kalau kita sapu rumah, banyak rambut yang bersibai.
Kalau kita tengok sikat, banyak rambut yang berumbai.

Jangan salah faham, tu bukan rambut makhluk halus atau pontianak harum buah kelibai.
Itu rambut isteri kita.

Sebab apa rambut isteri kita banyak gugur?

1. Tekanan.

Tekanan di tempat kerja, tekanan dengan anak-anak, tekanan dengan sikap kita. Dan tertekan dengan masalah diri pun ya juga.

2. Hormon yang tidak stabil. 

Ini tugas kita kena bantu dengan cari atau usahakan ubat dan herba. Boleh tanya farmasi atau bawa isteri untuk check up selalu kesihatan dia.

3. Pengambilan ubat tertentu.

Pengambilan ubat yang melebihi dos juga menyebab rambut isteri kita gugur. Kalau dia selalu pening kepala, biasanya kita hulur sahaja panadol padanya. 

4. Kekurangan nutrisi akibat daripada diet yang tidak betul.

Kadang, isteri sanggup tak makan sebab nak kurus. Kadang pula isteri kita makan tak betul diet. Makan tu makan ni jadi ada kekurangan yang menyebabkan keguguran rambut.

5. Produk rambut

Penggunaan produk rambut yang kerap seperti pewarna rambut, pengering rambut dan juga bahan untuk kegunaan meluruskan dan kerintingkan rambut.

Kita nak semuanya baik kan? InsyaAllah, bila kita lihat rambut isteri banyak gugur, kita faham bahawa sudah sampai masanya kita menghiburkan dan merawat sendiri isteri kita.

Mereka mahkluk paling penat!
Berilah sedikit masa untuk mereka rehat.

[Sumber: FB Abu Hurairah Asifa]

No comments:

Post a Comment