Pertama
Tentang Doa:
[CNP status Abdul Kipli Ali dalam Page Kenangan Haji Dan Umrah]
1-
rancang dan susun doa yang tuan/puan suami isteri akan baca di Arafah.
Rancang sebelum berangkat lagi..
1.1
jangan lupa doakan supaya Allah jemput anak-anak dan zuriat kita ke Arafah
juga. Kalau tak dapat muasassah minta Allah berikan rezeki yang
melimpah ruah supaya mereka mampu pergi haji pakej pula.
1.2
lepas asar ulang doa-doa yang penting sehingga lewat
1.3 cari orang yang warak untuk aminkan doa kita, sebelum magrib masuk di kala lembayung senja menjengah.
1.4
jangan berdoa di dalam khemah.Jangan ada bumbung, Kalau mampu di tengah
panas sebab nabi s.a.w.pun berdoa di tengah panas supaya doa yang dipohon
terus naik ke langit tanpa halangan.. Saya tak mampu sebab masa tu 53
degree Celcius jadi saya cari port bawah pokok yang agak redup
sikit. Doa tanpa henti sebab nabi berdoa sampai hampir maghrib
1.5
sabar dengan karenah orang terutama yang dah berumur atau berbadan besar sebab tikar
masyair tu kecil dan mereka mungkin ruang lebih luas. Tak rugi kita mengalah daripada
berebut tempat. Lagipun cuma 5 hari saja.
2-
rancang pergerakan tuan/puan terutama di Mina
2.1 kalau
nak jalan kaki sendiri ke Makkah untuk tawaf dan saie, beritahu petugas
Tabung Haji. Jangan main gerak saja.
2.2 bawa
plastik hitam dan peralatan membersihkan tandas. Tak rugi kalau bersihkan tandas
di Mina. Jam 3 atau 4 pagi masa terbaik untuk khidmat ini. Di kawasan saya
ada hamba Allah yang buat dulu, Tak sempat orang lain nak buat,
2.3
jangan bebankan petugas Tabung Haji, Bantu mereka seboleh mungkin sebab
mdreka kena bantu ramai jemaah lain.
Kedua Tentang Pengeluaran Wang di Tanah Suci:
[CNP status Tuan Haji Rahim Elias]
Cuba dapatkan dalam not-not kecil dan letak sedikit dalam tempat rahsia seperti dalam tali pinggang ihram, kasut atau dalam sarung tag nama untuk tujuan kecemasan. Yang lain semua cuba simpan di TH dan keluarkan mengikut keperluan dari pejabat (kaunter) TH di hotel masing-masing. Pengeluaran di pejabat TH terus dalam matawang SAR. Cara ini lebih selamat dari kecurian, keciciran dan kepayahan untuk menukar jenis matawang di "money changer" yang selalunya penuh dengan jemaah luar negara, jadi tak perlu bawa matawang dari Malaysia. Musim 2017 saya dan isteri cuma berkongsi setiap seorang SAR500 sahaja. Yang lain dibuat di TH dan juga mesin ATM.
Banyak kes berlaku pada jemaah se maktab yang keciciran, dalam teksi dan juga diragut.
Jadi berhati- atilah dan peka pada.keadaan sekeliling.
Ketiga Tempat Wuduk Jemaah Wanita:
Tempat berwuduk wanita dalam Masjidil Haraam, Makkah ada disediakan di aras Mataf, di bawah tangga. Tidak perlu risau kena keluar dari Haraam dan tidak dapat masuk semula.
No comments:
Post a Comment