Baiti Jannati
Suatu ketika, seorang lelaki balik dari kerja dan melihat isterinya sedang memasak. Dia memberinya ciuman manis.
Mereka sangat gembira. Semasa mereka berada di meja makan, tiba-tiba telefon bimbit wanita itu berdering, terpapar mesej dari rakannya yang mengucapkan 'selamat malam'
Suaminya melihat mesej itu dan kecewa. Dia tidak bercakap tentang perkara itu dengan isterinya dan terus pergi ke bilik tidur tanpa makan malam.
Wanita itu melihat suaminya dan berfikir, "Adakah dia terganggu dengan hanya kerana 1 mesej ringkas? Aku tak akan pedulikan, dia bukan budak-budak!"
Wanita itu makan dan tidur. Pasangan itu tidur dalam keadaan marah dan berpaling pada malam itu.
Pada tengah malam, tiba-tiba si isteri berpeluh dengan banyak sekali. Dia tidak dapat bercakap. Terasa udara amat kurang di sekeliling dirinya. Nafasnya semakin sesak. Dia menyentuh belakang suami. Namun si suami hanya berpaling dan menepis tangan si isteri. Akibat dari kekurangan oksigen, wanita itu mati akibat serangan jantung.
Pada waktu pagi, si suami bangun, mandi dan menyiapkan barang-barangnya.
Isteri masih di tempat tidur. Lelaki itu melihatnya dan nampak seperti isterinya dalam keadaan tidak berapa baik, tetapi akibat masih marah, dia mengabaikannya dan berfikir, 'Aku tidak akan bercakap dengannya, sehingga dia bercakap dulu!'
Kemudian, dia berpakaian, bersarapan pagi dan pergi bekerja.
Pada sebelah petang, apabila suami hendak pulang ke rumah, dia membeli seutas jam tangan yang indah dan mahal untuk diberikan kepada isterinya sebagai tanda minta maaf.
Apabila suami tiba di rumah, hatinya sangat gembira kerana dia akan memberikan jam yang berharga kepada isteri tercinta dan memberitahunya betapa dia mencintainya, berapa banyak dia jatuh cinta kepadanya dan akan memberikan banyak ciuman kepadanya.
Kemudian, dia membuka pintu dan pergi ke dapur, kerana dia sudah bersedia untuk mengejutkan kekasihnya dengan makan malam yang besar, tetapi dia melihat bahawa sarapan pagi itu masih di sana.
Dia berfikir, 'Dia masih marah pada aku..'
Lelaki itu pergi ke bilik untuk meninggalkan beg bimbitnya. Dia melihat isteri masih berada di tempat tidur yang terletak di kedudukan yang sama.
Dia pergi kepadanya dan alangkah terkejutnya dia apabila nalurinya memberitahu bahawa isterinya sudah mati.
Suami meraung.. Dia kesal kerana isteri yang dicintainya sudah tiada lagi...
Kesimpulan:
Masa terlalu pendek untuk pergaduhan. Ketahui cara memanfaatkannya.
Hargailah dan saling mengambil berat tentang pasangan anda. Sayangi isteri atau suami anda, manjakan pasangan dengan ciuman, beritahu dia betapa kita mencintainya !!!
Masa tidak pernah menunggu sesiapa pun. Belajarlah untuk memahami antara satu sama lain dan selesaikan segala-galanya. Jangan tidur dalam keadaan marah.
Berhenti dan berfikir:
Jika anda tidak mahu ketepikan ego dan selesaikan perkara-perkara remeh, akibatnya masalah tersebut tidak dapat diselesaikan.
Kadang-kadang, kita perlu berkorban untuk cinta. Tidak ada orang yang sempurna, bersedia untuk sebarang kemungkinan dan cari jalan penyelesaian terbaik.
Komunikasi antara pasangan itu sangat penting. Bila timbul masalah tidak kira kecil atau besar, cuba selesaikannya sebelum tidur.
Ini bukan bererti perkahwinan harus sentiasa bahagia sepanjang masa, pasti ada pasang surutnya mengikut keadaannya, semuanya mempunyai jalan penyelesaian kecuali MATI.
[Kisah diambil dari Internet. Penulis tidak dapat dipastikan]
No comments:
Post a Comment