.Jangan bandingkan hidup kita dengan orang lain. Kita tidak tahu bagaimana perjalanan
hidup mereka.
Jangan mempunyai pemikiran negatif terhadap benda yang kita tidak boleh kawal.
Sebaliknya, tumpukan tenaga terhadap benda positif yang kita miliki pada masa ini.
Jangan terlebih buat apa yang kita mampu. Cukuplah setakat yang kita mampu.
Jangan terlalu serius terhadap diri sendiri. Tiada siapa yang berbuat demikian.
Jangan bazirkan tenaga dengan gosip.
Berfikir lebih jauh bila kita masih terjaga.
Iri hati adalah sia-sia. Kita sudah mempunyai semua yang diperlukan.
Lupakan perkara yang sudah lepas. Jangan ungkit kesilapan pasangan kita di masa
lampau. Ia akan menghancurkan kegembiraan kita di masa kini.
Hidup ini terlalu singkat untuk membenci sesiapa. Hindarkan daripada membenci
sesiapa.
Berdamailah dengan masa lalu supaya ia tidak akan merosakkan masa sekarang.
Tiada siapa yang mengawal kegembiraan kita kecuali kita sendiri.
Hidup ini seperti sekolah dan kita di sini untuk belajar. Masalah ialah salah satu dari
kurikulum yang akan muncul dan pergi seperti kelas algebra, tetapi pengajarannya kita
akan pegang seumur hidup.
Senyum dan tertawa selalu.
Kita tidak perlu menang setiap pertengkaran. Setuju untuk tidak setuju.
Hubungi keluarga selalu.
Beri sesuatu yang baik untuk orang lain setiap hari.
Maafkan orang lain.
Luangkan masa untuk orang yang berumur 70 tahun ke atas dan 6 tahun ke bawah.
Pandangan orang lain terhadap kita itu bukan urusan kita.
Kerja tidak akan menjaga kita bila kita sakit tetapi keluargalah yang akan menjaga kita.
Selalu berhubung.
Dahulukan Tuhan dalam segala yang difikir, diucap dan dibuat.
Tuhan itu penyembuhan.
Buat perkara yang betul.
Bagaimana baik atau buruk pun situasi sekarang, ia akan berubah.
Bagaimanapun yang kita rasa, bangun, salin pakaian dan pergi ke mana yang patut
dituju.
Yang terbaik akan datang kemudian.
Buang apa yang tidak berguna atau yang tidak menggembirakan.
Bila terjaga di waktu pagi, bersyukur kepada Tuhan.
Bila kita kenal Tuhan kita akan gembira. Jadi, bergembiralah selalu.
[Sumber: FB Ahmad Ezry]
Benarlah, hidup ini diibaratkan seperti kita sedang menduduki peperiksaan.
Selagi kertas kita belum dikutip, selagi itu kita masih boleh menulis jawapan dan juga memperbetul sebarang kesilapan.
Namun bila masanya telah tamat dan kertas pun dikutip, maka tiada apa lagi yg boleh diubah. Dan kita pun menantikan keputusan
Begitu juga hidup ini. Selagi kita masih bernyawa, maka berbuatlah sebaiknya dan bertaubatlah sekiranya kita berdosa. Sebab bila ajal datang menjelma, tiada apa lagi yg boleh kita ubah.
Keputusannya kelak sama ada kita Lulus (Syurga) atau Gagal (Neraka)
No comments:
Post a Comment