Saturday, July 28, 2018

Petua Untuk Bapa Baru



Baiti Jannati


Jangan harapkan isteri saja yang berjaga malam. Tiada alasan untuk tidur nyenyak dan berdengkur sepanjang malam. Tunjukkan kesungguhan untuk bangun bersama dan beri perhatian kepada anak yang baru lahir.


Kejutan kasih sayang. Ini detik terbaik untuk membantu isteri yang telah bertarung nyawa melahirkan zuriat. Ambil alih tugas ketika isteri dalam pantang. Boleh mula dengan menyediakan sarapan, membantu isteri menguruskan dirinya, menyediakan keperluan bayi dan sesekali menghadiahkan bunga tanda kasih sayang.

Ringankan tulang. Jika sebelum bayi lahir, suami bermanja dengan isteri. Kali ini, suami harus beralah dan menjaga isteri serta anak. Memadai dengan membantu menyediakan makanan, membasuh pinggan atau mengasuh bayi.

Sedia untuk mengotorkan diri dengan membersihkan najis bayi dan belajar memakaikan lampinnya. Fikirkan bahawa bapa kita juga pernah melakukan perkara yang sama ketika kita masih kecil dahulu. Mungkin agak kekok pada mulanya, namun, alah bisa tegal biasa.

Dapatkan petua orang tua. Ketepikan ego serta sikap tahu serba-serbi. Sebagai bapa muda, anda perlu mendapatkan banyak nasihat dan petua daripada orang yang lebih berpengalaman. Guru terbaik ialah ibu bapa serta saudara-mara atau kenalan yang lebih arif mengenai soal penjagaan bayi dan kanak-kanak. Maklumat yang diberi akan memudahkan urusan menjaga si kecil.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 





No comments:

Post a Comment