Prof. Ahmad Fuad Muhammad mengadakan permainan kecil kepada sekumpulan audien yang berkeluarga di sebuah dewan dan meminta seorang audien datang ke depan.
PROF : ”Tulis 10 nama yang paling rapat dengan anda”.
Lalu lelaki tersebut menuliskan 10 nama di atas white board. Ada nama ibu, anak, isteri, jiran, rakan sekerja, dan juga sahabat.
Seterusnya......
PROF : "Sekarang sila pilih 7 di antaranya yang anda ingin hidup terus bersamanya".
Lelaki itu memadam 3 nama yang ditulisnya tadi.
PROF : "Sekarang hapuskan 2 nama lagi, sehingga tinggal 5 nama sahaja di papan tersebut..."
PROF : “Hapuskan 2 nama lagi...”
Maka tinggal 3 nama sahaja iaitu nama ibu, anak dan isterinya. Suasana dewan menjadi hening. Mereka berfikir semua sudah selesai dan tak ada lagi yang harus dipilih.
PROF : “Silakan padam 1 nama lagi!”
Lelaki itu dengan perlahan-lahan mengambil keputusan yang sulit lalu menghapus nama orang tuanya.
PROF : "Silakan pilih 1 nama lagi!"
Lelaki tersebut menjadi bingung. Kemudian mengangkat pemadam dan dengan berat hati mulai menghapus nama anaknya dan lelaki itu pun menangis.
Setelah suasana tenang, Prof Ahmad Fuad bertanya kepada lelaki itu, "Kenapa tak pilih orang tua anda yang telah melahirkan dan membesarkan anda, tidak juga memilih anak darah daging anda sendiri, sedangkan isteri itu dapat anda cari lagi?"
Semua orang di dalam dewan terpaku dan suspens menunggu jawapan dari lelaki itu.
Lalu lelaki itu menjawab, "Seiring waktu berlalu, orang tua saya akan meninggal dunia, anak pula jika sudah dewasa akan berkahwin, dan pasti akan meninggalkan saya. Yang benar-benar boleh menemani saya dalam hidup ini hanyalah ISTERI saya. Orang tua dan anak bukan saya yang pilih, tapi Tuhan yang menganugerahkan. Sedangkan ISTERI, sayalah pilih dia dari sebegitu ramai wanita yang ada di dunia ini.”
Kesimpulan Prof Ahmad Fuad Muhammad
Semoga kita semua boleh mengambil hikmah dari cerita ini....
Sayangilah isteri, manfaatkan lah saat-saat yang tersisa bersamanya agar tidak kesal di kemudian hari, kerana masa tidak boleh diputar kembali.*
Sayangilah isteri serta kasih dan kasihanilah dia. Tolong bantu tingkatkan kehidupannya. Jangan disakiti hatinya. Jika dia melangkah, mudahkan langkahnya. Hormatilah dan peliharalah perasaannya, hargailah pengorbanannya kerana segala-galanya TIDAK BERMAKNA lagi jika dia sudah kembali bertemu Illahi.*
Wanita itu karakter paling unik...umpama garam .... Adanya dia tidak diingati. Tiadanya dia hidup segalanya menjadi tawar hambar dan tidak bermakna.
Itulah nilai seorang yang bergelar "ISTERI"...
Inilah rintihan saya, seorang suami yang telah kematian isteri..
This is what training (kursus) is all about...to educate the public with the hidden intention of public "awareness" in fostering good healthy husband-wife relationship..
[Sumber: FB Prof Ahmad Fuad Muhammad]
No comments:
Post a Comment