Saturday, July 14, 2018

Jangan Main-main Dengan Emosi Wanita



Baiti Jannati


Kes ibu kelar anak.
Kes ibu campak bayi dari rumah flat tingkat atas. 
Kes meroyan.
Kes isteri lari dari rumah.
Kes ummul mukminin cemburu hingga pecahkan mangkuk di depan Rasulullah.

Kes emosi seorang wanita:

Masyarakat - khususnya suami dan keluarga terdekat jangan pandang remeh bila seorang wanita kelihatan sudah mula beremosi.

Bantu dia. Ratibkan zikir dan doa di dalam hati kita. Peluk. Pujuk.

Wanita ketika sedang penat atau tidak sihat sangat mudah beremosi. Wanita yang sedang emosi sangat perlukan perhatian. Jangan ditinggalkan.

Kalau dia mahu luah perasaan, biar dia luahkan. Dengar saja. Jangan bantah apa-apa.
.
Wanita ketika sedang beremosi hanya perlu melepaskan apa yang terbuku di dadanya.  Dia ingin keluarkan rasa sesak yang mengganggu. Ketika ini, otaknya tepu. Jiwanya beku!
.
Maka jangan masukkan apa-apa lagi. Ini bukan masa yang tepat untuk memberikan nasihat. Apatah lagi untuk berdebat.
.
Waktu seora g wanita sedsng diamuk perasaan, syaitan berkerumun di sekelilingnya. Waktu ini, setinggi mana pun ilmunya, mungkin terbang entah ke mana. Sekukuh mana pun imannya, mungkin dia akan tewas juga.
.
Jadi jangan marah seorang wanita ketika dia sedang marah. Bantu dia melepasi saat sukarnya. Jangan umpan lagi kemarahannya hingga dia buat kesilapan yang akhirnya dia sendiri sesali. Tenangkan saja seorang wanita yang sedang dirasuk emosi. Peluk. Pujuk.
.
Nanti bila dia sudah tenang, bila fikirannya sudah kembali rasional, bila apa yang tersumbat di dadanya sudah keluar, sudah lega, nasihatilah dia. Insya-Allah ketika ini, nasihat kita masuk seperti air. Cair dan mengalir.
.
Seorang wanita itu dianugerahi Allah sifat yang sangat teliti. Kerana teliti, dia boleh menguruskan banyak hal rumahtangga secara terperinci.

Namun kerana teliti juga, adakalanya dia menyusahkan diri sendiri. Hal-hal yang kecil bagi seorg lelaki mungkin dianggap besar baginya. Tegurlah jika dia tersalah. Tapi tegurlah pada masa yang betul.

Sungguh sifat wanita dan lelaki tidak sama. Kemampuan mengawal emosi juga tidak sama. Maka cubalah fahami perbezaan ini. Insya-Allah, banyak masalah dan musibah dapat dijauhi.

"Wanita itu dijadikan dari tulang yang bengkok. Kalau dibengkokkan, semakin bengkok. Kalau diluruskan, ia patah. Kalau dibiarkan, ia terus bengkok. Maka nasihatinya dengan kata-kata yang baik."
.
Ini Rasulullah s.a.w.yang pesan. Pesanan yang sudah cukup menggambarkan betapa tidak mudahnya mengendalikan emosi seorang wanita. Justeru, berhikmahlah.

Lelaki, jangan cuma mahu terima wanita dalam keadaan cantik manisnya saja. Belajarlah juga menerima dia ketika ribut melanda jiwa rapuhnya.

Terima seadanya sepertimana dia juga menerima kita seadanya kita. InsyaAllah, mudah melentur bahagia.


(Kredit : Thia Shariff)

No comments:

Post a Comment