Saturday, July 28, 2018

Utamakan Pasangan Berakhlak Dan Beragama

Baiti Jannati


Pada usia awal 20an, si gadis mengidamkan lelaki kaya, kacak, bertubuh sasa, berjanggut sejemput dan rajin solat. Lelaki itu harus baik hati, penyayang, kelakar dan mengizinkan si gadis terus bekerja selepas berumahtangga. Si pemuda pula inginkan bakal isteri berniqab yang cantik lagi bijak menguruskan rumahtangga, pandai memasak dan mampu menjaga seluruh ahli keluarga (dah jadi macam bibik tidak bergajilah pulak). 

Menjelang usia 30an, masing-masing baru sedar isteri dan suami idaman tidak wujud. Lalu tahap piawaian baru bagi si gadis ialah bakal suami yang rajin solat dan bertaqwa. Si pemuda pun begitu, inginkan calon isteri yang bertaqwa, ibu yang baik kepada anak-anak dan isteri yang taat. 


Cuba fikirkan, gadis dan pemuda itu pun tidak sempurna di segi agama dan akhlaknya, bagaimana pula hendak mengharapkan pasangan yang sempurna serba-serbi. Ketika hendak berumahtangga, pasangan harus bersikap realistik. Letakkan agama sebagai keutamaan, in sya Allah rumah itu akan menjadi syurga dunia, BAINATI JANNATI. 

Rupa paras akan lenyap ditelan masa, kekayaan boleh hilang sekelip mata. Ikutlah garis panduan yang telah disarankan oleh Rasulullah s.a.w. supaya memilih yang berakhlak dan beragama. Kalau kedua-dua sifat ini disertai dengan ciri-ciri lain, itu dikira bonus!


No comments:

Post a Comment