Sunday, July 22, 2018

Nikmat Memburu Haji Mabrur






1. Melangkah ke bumi haram dengan tekad dunia ini jambatan menuju akhirat. Semoga dapat mencium harum syurga dengannya.

2. Bertawaf 7 keliling. Lambang kesatuan dan kepatuhan pada Maha Pencipta. Hajar Aswad menjadi saksi kita pernah melambai padanya.

3. Meneguk berkatnya air zam-zam. Menyuntik semangat Hajar yang berserah bulat-bulat kepada Maha Penjaga. 

4. Bersaei - antara Safa dan Marwah. Cekalnya hati seorang insan bernama perempuan yang tidak mudah menyerah kalah pada takdir.

5. Bermunajat menjelang senja di Arafah. Membasuh sekian banyak dosa dan noda yang tidak tertanggung andai tidak sempat bertaubat dan menyesali kesalahan.

6. Berdingin dan berjaga malam di lapangan Muzdalifah. Menguatkan minda dan tabah fizikal. Mengutip batuan - ibarat mengutip semula puing2 dosa yang mudah tersesat oleh syaitan dan iblis. Untuk dilontarkan semula di jamrah.

7.  Melontar 3 Jamrat di Mina. Membuang jauh segala sifat Mazmumah yang sudah lama bermukim di dalam jiwa.

8.  Bertahalul. Menggugurkan tiap helai ketololan kerana mudah mengikut nafsu selama hidup.

9. Sujud di Raudhah. Rasai kedamaian dan nyamannya taman-taman syurga yg ingin kita huni dan diami selepas akhir dunia.

20. Tawaf Wada'.  Sayunya hati meninggalkan dia dengan segala rasa dan tanya. Peluang untuk meminta jemputlah kami datang kembali lagi ke sini. Ya Rabb. Jangan padamkan rindu ini.

WALLAHU'ALAM BISOWAB. Laa Hawlawala Quwwataillah Billah Hilaliyyil Azim.

[CNP dari status Abdul Kipli Ali dari FB Kenangan Haji Dan Umrah]

No comments:

Post a Comment