Baiti Jannati
- Sentiasa berdoa agar disayangi. Apabila balik rumah, tegur dan sentuh isteri sebelum buat kerja lain.
- Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan isteri sepanjang hari.
- Jadilah seorang pendengar yang baik kepada isteri .Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah isteri. Apa yang lebih penting adalah simpati.
- Berikan masa sekurang-kurangnya 30 minit perhatian yang berkualiti terhadap isteri.. Berikan bunga, minyak wangi atau seumpamanya sebagai hadiah atau untuk memujuk ketika isteri sedang marah.
- Tolong masak atau ajak makan di luar sekali sekala.
- Beri pujian mengenai penampilan isteri (rambut, wajah, pakaian dan sebagainya).
- Pujuk apabila isteri marah atau kecil hati.
- Beri bantuan atau kerjasama setakat yang mampu.
- Luangkan masa yang lebih agar tidak mendesak isteri untuk lebih cepat bergerak atau bertindak.
- Jika lambat pulang, beritahu lebih awal atau telefon rumah.
- Sekiranya isteri minta bantuan, nyatakan boleh atau tidak dengan tidak mengungkit atau banyak komen.
- Jika anda perlu bersendirian untuk berfikir, beritahu bila anda akan pulang.
- Apabila sudah sejuk, beritahu isteri apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan menyalahkan isteri.
- Bila isteri bercakap, beri perhatian sepenuhnya.
- Apabila keluar, tanya isteri kalau ada sesuatu yang ingin dipesan.
- Beritahu bila kita ingin berehat atau tidur. Peluk isteri dengan penuh kasih sayang sekurang-kurangnya empat kali sehari. Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, sekadar ingin memberitahu, “ABANG SAYANG PADAMU “.
- Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.
- Tolong kemaskan katil atau bilik tidur.
- Ajak isteri berjalan-jalan tanpa anak-anak.
- Cuba tunaikan apa yang isteri hajati.
- Nyatakan anda merinduinya bila berjauhan.
- Bawa pulang buah tangan, kuih kegemaran isteri sekali sekala.
- Sentiasa lakukan ibadah bersama.
- Jika keluar daerah,telefon isteri memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu anda sudah selamat sampai.
- Sentiasa kemas dan wangi sebelum tidur bersama. Urut belakang isteri sekali sekala.
- Peluk dan belai isteri sekali sekala tanpa implikasi seksual.
- Sabar dan tenang apabila mendengar cerita dan masalah isteri. Pamerkan kasih sayang di khalayak ramai.
- Jangan abaikan isteri atau tinggalkannya jauh ketika berjalan.
- Apabila keluar berjalan, elok berpegangan tangan untuk menunjukkan kemesraan.
- Buatkan air minuman untuk isteri sekali sekala.
- Ketika makan di luar, jangan harapkan isteri memilih tempat makan setiap masa.
- Beri perhatian lebih kepada isteri daripada orang lain ketika di khalayak ramai.
- Lebihkan isteri daripada anak-anak.
- Bila isteri kurang sihat, beri perhatian sewajarnya. Manjakan isteri sepertimana dia memanjakan anda.
- Seeloknya masuk tidur serentak.
- Belai isteri sebelum pergi kerja. Ucapkan terima kasih setiap layanan yang isteri berikan.
- Cari masa untuk berdua-duaan sekali sekala.
- Lakukan riadah bersama isteri.
- Pergi berkelah sekali sekala.
[Sumber: Nur Raudah]
No comments:
Post a Comment