Wednesday, July 25, 2018

Ketika Datang Malas - Ingat Mati!




Hentikanlah bercerita hal keburukan orang lain. 
Tapi tanyakan apa kebaikan mereka. 

Hentikanlah menghitung kebaikan diri. 
Tapi tanyakan apa yang perlu diperbaiki.

Hentikanlah menyoal manfaat orang lain kepada kita. 
Tapi cuba manfaatkan diri kita kepada orang lain.

Hentikanlah mengira dosa orang lain. 
Tapi mohonlah keampunan ke atas dosa sendiri. 

Hentikanlah merungut tentang ujian diri. 
Tapi tambahkanlah kesyukuran kepada-Nya atas segala nikmatNya yang sentiasa ada buat kita.

Belajarlah menutup aib orang lain sebagaimana kita mahu Allah masih mahu menutup aib diri kita sendiri.




Bandingkanlah:

Subuh mereka didahulukan dengan tahajjud.
Subuh kita dilewatkan ke minit tercorot.

Subuh mereka didirikan dengan megah.
Subuh kita didirikan secara berhogah.

Subuh mereka tanda cinta kepada Khaliq.
Subuh kita tanda cinta kepada nafsu.

Subuh mereka menguatkan rohani dan jasmani.
Subuh kita melemahkan luaran dan dalaman.

Subuh mereka memberi impak positif.
Subuh kita menambah malas dan negatif.

Subuh mereka ruang bertaubat dan mengadu.
Subuh kita solatnya tak tak tentu hala tuju .

No comments:

Post a Comment