Monday, July 30, 2018

Membawa Unta Berjalan Malam


Baiti Jannati


Asam garam rumah tangga Nabi s.a.w.

Sayidatina Aisyah menceritakan bahawa apabila Nabi s.a.w. hendak bermusafir, Baginda akan membuat undian antara isteri-isteri Baginda. Kali ini undian jatuh kepada Aisyah dan Hafsah. Kebiasaannya pada sebelah malam, Nabi akan berjalan bersama-sama Aisyah sambil bersembang dengannya. 

Suatu hari Hafsah berkata kepada Aisyah, “Mahukah malam ini awak naik unta saya, saya naik unta awak. Awak boleh nampak apa yang saya nampak. Saya juga begitu.” Aisyah menjawab, boleh. Beliau pun naik.

Selepas itu Nabi datang lagi dekat unta Aisyah walhal yang menungganginya Hafsah. Baginda memberi salam dan berjalan bersama sehingga mereka singgah di suatu tempat. Barulah Aisyah rasa kehilangan Baginda. 

Maka semasa mereka berhenti, Aisyah pun meletakkan kedua-dua kakinya di antara semak-semak. Dia berkata, “Wahai Tuhanku, datangkanlah jengking atau ular menyengatku! kerana aku tidak boleh berkata apa-apapun kepada Baginda.” (Riwayat al-Bukhari) 

- - -Sahih al-Bukhari; Kitab Nikah, bab Mengundi isteri ketika hendak bermusafir.

Teks Asal

عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا خَرَجَ أَقْرَعَ بَيْنَ نِسَائِهِ فَطَارَتْ الْقُرْعَةُ لِعَائِشَةَ وَحَفْصَةَ. وَكَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ بِاللَّيْلِ سَارَ مَعَ عَائِشَةَ يَتَحَدَّثُ.
 فَقَالَتْ حَفْصَةُ أَلَا تَرْكَبِينَ اللَّيْلَةَ بَعِيرِي وَأَرْكَبُ بَعِيرَكِ تَنْظُرِينَ وَأَنْظُرُ.
 فَقَالَتْ بَلَى فَرَكِبَتْ فَجَاءَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَى جَمَلِ عَائِشَةَ وَعَلَيْهِ حَفْصَةُ فَسَلَّمَ عَلَيْهَا ثُمَّ سَارَ حَتَّى نَزَلُوا. وَافْتَقَدَتْهُ عَائِشَةُ فَلَمَّا نَزَلُوا جَعَلَتْ رِجْلَيْهَا بَيْنَ الْإِذْخِرِ. وَتَقُولُ يَا رَبِّ سَلِّطْ عَلَيَّ عَقْرَبًا أَوْ حَيَّةً تَلْدَغُنِي. وَلَا أَسْتَطِيعُ أَنْ أَقُولَ لَهُ شَيْئًا


[Dari FB Ustaz Muhammad Luqman Makhtar]



Aisyah - ikon dan watak utama kisah ini. Teladan utama kisah ini mesti dipelajari dari Pemikiran, tindakan Aisyah yang dipandu Akal, Iman dan emosinya.

Rasulullah saw. Nadi penggerak kisah ini. Kita tahu kisah jodoh Nabi dengan setiap isteri. Misteri dan unik bagaimana Nabi memahami dan mengenali isteri-isteri baginda. Masakan Nabi tak mengenali Akal Hafsah, masakan Nabi tak memahami emosi Aisyah dan Hafsah.

[ Komen mengenai kisah di atas dari Mohd Shakariza Menhuri ]


No comments:

Post a Comment