Tuesday, July 31, 2018

Doa AL 'Aafiyah



*Allahumma Inni As Aluka Al-'Aafiyah*.

Al-Abbas (R.A.) bapa saudara kepada Nabi (ﷺ) datang kepada Nabi (ﷺ) dan berkata : "Ya Rasulullah (ﷺ) ajarkanlah aku do'a," katanya.

Nabi (ﷺ) lalu berkata : "Wahai bapa saudara ku, bacalah :

 ‏أَلًْلّٰهُمَّ إِنِّي أَسأَلُكَ الۡعَافِيَۃَ

*Allahumma Inni As Aluka Al-'Aafiyah*.
(Ya Allah, aku memohon kepada MU 'aafiyah).

Sekarang apa yang *'Aafiyah* ???

" *Aafiyah* bermaksud :
*Untuk* menyelamatkan diri daripada sebarang kesusahan yang menimpa".

👉Untuk menjadi sihat, kita perlu berada di dalam *'Aafiyah*.

👉Untuk mempunyai wang yang cukup, kita haruslah berada di dalam *'Aafiyah*.

👉Untuk terus hidup sejahtera, kita seharusnya berada di dalam *'Aafiyah*.

👉Untuk anak-anak kita di lindungi, kita perlu berada di dalam *'Aafiyah*.

👉Dan jika kita sudah diampuni dan tidak dihukum, kita berada dalam *'Aafiyah*.

Jadi, pada asasnya *'Aafiyah* itu bermaksud : 
"Ya Allah, lindungilah aku daripada apa-apa kesakitan, kesusahan dan segala penderitaan".
Ini termasuk untuk di Dunia dan di Akhirat.

Al-Abbas (R.A.) berfikir tentang ini untuk seketika, dan kemudian dia datang kembali kepada Nabi (ﷺ) selepas beberapa hari lalu dia berkata:-

"Ya Rasulullah (ﷺ), do'a ini seolah-olah sedikit pendek. Saya mahu sesuatu yang lebih besar."

Nabi (ﷺ) lalu berkata : "Wahai bapa saudaraku yang dikasihi, mohonlah kepada Allah untuk *'Aafiyah*, maka anda tidak boleh diberi apa-apa yg lebih baik daripada *'Aafiyah*. Ia adalah satu do'a yang mudah namun terbaik."

Yang Benar adalah setiap yang bermakna dari apa yang anda katakan (pohon) ketika berdo'a.

"Ya Allah, aku memohon kepadaMU agar aku selamat daripada sebarang kesusahan, kesulitan, kesedihan, bahaya (musibah) dan janganlah *ENGKAU* menguji aku dan lain-lain yang berat."

Semua ini termasuk di dalam *Allahumma Inni As Aluka Al-'Aafiyah*
~ (Riyadh As Saliheen, Sunan At-Tirmidzi).

Nabi Muhammad (ﷺ) berkata : " *Sampaikanlah daripada aku, walaupun ia adalah satu ayat.*"

Semoga bermanfaat...

[ Sumber FB Ahmad Ezry]

Adab Tegur Menegur


Al Kisah:

Pada suatu malam, rumah seorang lelaki kaya dimasuki perompak. Banyak hartanya yang hilang dan ahli keluarganya dicederakan, namun masih selamat.

Keesokan hari, seorang 'ustaz' datang menziarahinya. "Mungkin ini adalah balasan atas dosa-dosa kamu. Orang berharta sering lalai dengan hartanya, tidak membayar zakat, tidak mahu bersedekah, tidak memandang mereka yang fakir, kedekut dan asyik mengejar kekayaan. Tuhan mahu membersihkan harta-harta kamu. Dosa apa yang sudah kamu lakukan sehingga Tuhan membalasmu begini sekali? Bertaubatlah dan berhentilah melakukan dosa itu."

Orang kaya yang sedang bersedih itu bertambah sedih. Dia hanya mendiamkan diri dan tidak henti beristghfar sesungguh hati.

Apa yang si 'ustaz' tidak tahu ialah si kaya itu seorang yang dermawan, cuma dia tidak menghebahkannya. Dia membantu dan membangunkan sebuah perkampungan yang para penduduknya lebih dhaif dan susah. Dia juga membinakan masjid untuk mereka. Banyak lagi kebaikan dan ibadah lain yang dilakukan oleh si kaya tanpa memberitahu sesiapa mengenai aktivitinya itu termasuk kepada pembantu dan rakan-rakannya. 

Si kaya hanya memberitahu beberapa aktiviti kebajikan dan sedekah yang dilakukannya kepada penduduk kampungnya sendiri. Penduduk kampungnya pula tidak sedhaif penduduk kampung yang dibantunya. Masjid di kampungnya besar dan dibangunkan atas derma ramai orang kaya di kampungnya juga. Ya, dia menderma sedikit sahaja. Itu pun kerana mahu menjaga hubungan baik dengan penduduk kampungnya. 

Selesai mentazkirah-kan si kaya, si 'ustaz' pulang ke rumah dengan perasaan 'tenang' kerana sudah menjalankan 'tanggungjawabnya untuk berdakwah' dan 'menyampaikan'. 

Beberapa hari selepas itu, perompak yang merompak rumah si kaya berjaya ditangkap. Semua harta yang dirompak berjaya ditemui semula dan dikembalikan kepada si kaya. Ahli keluarganya juga sudah semakin sihat. 

Si kaya meraikan kesyukurannya dengan mengadakan jamuan besar-besaran dan menjemput semua penduduk kampung. Dia juga mengadakan jamuan di perkampungan yang dibantunya.

"Syukurlah kamu sudah insaf," kata si 'ustaz' kepada si kaya. 

"Terima kasih, ustaz, kerana mengingatkan aku," kata si kaya sambil tersenyum.

"Tak apa. Sudah menjadi tugas aku untuk 'berdakwah'," jawab si 'ustaz'.

Malam itu, rumah si 'ustaz' terbakar ketika mereka sekeluarga sedang tidur. Rumahnya habis hangus menjadi abu. Dia tinggal sehelai sepinggang dan seorang diri. Semua ahli keluarganya meninggal dunia.

Si 'ustaz' merintih. "Ya Tuhan, aku tahu ini ujian-Mu terhadap aku. Aku mahu redha, namun ujian ini terlalu berat untukku. Mengapa aku yang Kau pilih untuk menerima ujian ini?"

Tidak lama kemudian, si kaya menziarahi si alim.

"Aku tahu kau sedang bersedih dan aku tidak akan menambahkan kesedihanmu," kata si kaya. "Aku hanya mahu menyampaikan berita gembira kepadamu."

"Bagaimana pula kau boleh menyampaikan berita gembira ketika aku sedang bersedih?" kata si 'ustaz', jengkel.

"Aku akan membinakan rumah baru untukmu. Buat sementara waktu ini, kau tinggal sahaja di salah satu rumah sewa aku secara percuma sehingga rumah barumu siap. Aku juga sudah mengarahkan pembantuku untuk membawamu menyelesaikan banyak urusan terutama berkaitan dokumen yang sudah hangus. Dia juga akan membawamu membeli semua barang keperluanmu termasuk pakaianmu. Semua belanja itu dan perbelanjaanmu yang lain, akan aku tanggung," kata si kaya. 

Si 'ustaz' terkejut dan terus memeluk si kaya. Dia tidak mampu berkata apa-apa kerana terlalu sedih dan terharu.

Pada masa yang sama, seorang 'alim' yang lain datang menziarahinya. Si kaya pun meminta diri dan meninggalkan mereka berdua.

Selepas bersalaman dan menyampaikan takziah, si 'alim' berkata, "Dosa apa yang sudah kamu lakukan sehingga Tuhan membalasmu begini sekali? Bertaubatlah dan berhentilah melakukan dosa itu."

Si 'ustaz' yang sedang kesedihan tersentak dan tersentap. Serta merta dia menoleh ke arah si kaya yang sedang berjalan pulang ke rumahnya. Dia teringat semula soalan yang ditanyanya kepada si kaya itu tempoh hari.

Si 'ustaz'  menangis keinsafan apabila menyedari keterlanjuran kata-katanya kepada si kaya. Dalam keterlanjuran itu pun, Allah masih memelihara aibnya dengan mengilhamkan si kaya membantunya, tanpa si 'ustaz' perlu meminta-minta.

"Ya Allah, aku mohon ampun... Ketika aku sangka yang aku sedang berdakwah, rupa-rupanya aku sedang mengadili dan 'menghukum'nya. Ketika dakwahku seharusnya membawa berita gembira kepadanya yang sedang bersedih, ternyata aku hanya menambahkan kesedihannya. Aku sudah faham sekarang. Ampunkanlah aku. Jika ini adalah balasan-Mu terhadap keterlanjuranku, aku redha. Semoga Engkau mengizinkan aku kembali bertemu keluargaku di syurga." 


Kawan-kawan.

Kesempitan, kesulitan, musibah, ujian atau apa sahaja kesusahan yang kita lihat sedang dilalui oleh seseorang itu, boleh jadi ujian ataupun balasan Tuhan kepadanya.

Boleh jadi itu ujian yang Allah beri kepadanya bagi menguatkan lagi iman dan pergantungannya kepada Allah.

Boleh jadi juga itu balasan yang Allah berikan kepadanya atas banyak kelalaian dan kesilapan dia kepada Allah.

Tidak perlu kita mengingatkannya yang itu adalah balasan Tuhan atas dosa-dosanya. Tidak perlu juga kita mengingatkannya tentang dosa-dosanya. Tuhan sendiri yang akan 'memberikan' ingatan itu kepadanya. Setiap hati manusia yang beriman pasti akan terdetik sendiri, selagi hatinya masih bersyahadah walaupun secebis.

Sebaliknya, kita pujuk dan senangkan hati mereka dengan mengingatkan mereka tentang kasih sayang Tuhan, yang Tuhan itu Maha Pengampun dan sentiasa akan 'mengejutkan' hamba-hamba-Nya untuk kembali kepada-Nya melalui apa juga cara.

Ingatkan dia yang Tuhan sentiasa akan melepaskan hamba-hamba-Nya daripada apa saja kesulitan selagi kita kembali bergantung kepada-Nya, malah dikeluarkan kita daripada kesusahan melalui jalan yang tidak kita sangka, jika kita bertakwa.

Kita ini sama sahaja dengan mereka. Tidak ada beza langsung. 

Lalu, siapa kita mahu menjatuhkan hukum dengan mengatakan 'itu balasan untuk kamu', sedangkan kita sendiri pun punya ujian sendiri yang kita juga tidak tahu apakah itu benar-benar ujian atau balasan Tuhan atas dosa-dosa kita?

Sama ada ujian ataupun balasan, semua itu adalah tanda kasih Allah kepada kita kerana Dia Maha Penyayang, Maha Mengasihani, Maha Menyintai.

Allah Maha Belas terhadap setiap makhluk-Nya walaupun dalam keadaan si makhluk yang kerap melupakan-Nya. Allah juga Maha Menghukum jika hamba-hamba-Nya masih berdegil dan tetap lalai serta berterusan melanggar setiap larangan-Nya supaya kita kembali mengingatinya.

Jika mahu mengingatkan juga, kita berusaha pilih dan guna perkataan dan ayat-ayat yang lebih lembut dan tidak menghukum-hukum. Kita sendiri tidak suka diadili dan dihukum hanya berdasarkan apa yang orang nampak sedangkan banyak yang mereka tidak tahu tentang kita.

Tegur menegur. Ingat mengingati. Bukan mengadili dan bukan menghukum.

Hanya Allah yang memberi hidayah. Kita menyampaikan sahaja.

'Dakwah' itu ada pada akhlak dan kata-kata kita. Bukan pada hukuman dan amaran yang kita berikan kepada mereka.

[ Oleh :Hamba Allah ]

Hati Kita Allah Yang Pegang




Hati Kita Allah Yang Pegang. Maka Ikhlaskan Hati

Apa perasaan kita, bila buah atau bunga yang kita tanam, yang kita jaga, yang kita sayang, tiba-tiba esoknya bila dah ranum, bila dah mekar, ada orang petik, ada haiwan ambil. Marah tak?

Mesti marah sikit, mesti kecewa sikit, mesti sedih sikit.

Kenapalah susah payah aku jaga, orang lain yang dapat manfaatnya?

Mungkin boleh disamakan macam berperasaan.

Katakanlah ada seorang yang kita suka, bila dia sedih, kita jadi tempat dia berkongsi kesedihan. kita pun bagi semangat pada dia, kita pun jaga hati dia baik-baik.

Bila dia dah kembali bersemangat, dah kembali ceria, kembali tenang, tiba-tiba suatu hari, dia jatuh cinta pada orang lain.

Kecewa tak?

Mesti kecewa sikit. mesti marah sikit. mesti sedih banyak. kenapa aku yang susah payah jaga perasaan dia, orang lain yang dapat meraih cinta dia?

Tarik nafas. sebut nama Allah sejenak. pejam mata.

Kita lupa sesuatu yang penting di sini. bunga dan buah yang kita tanam tu, tanahnya milik siapa?

Orang yang kita sayang dan jaga perasaannya tu, hatinya siapa yang pegang?

Tak ada yang lain kecuali Allah, pemilik segala apa yang ada di langit dan di bumi.

Jadi ikhlaslah dalam berbuat kebaikan. mungkin Allah nak ajar sesuatu.

Allah nak kita tahu tak semua yang kita harap akan jadi kenyataan. Allah nak kita tahu tanpa keikhlasan segala perbuatan akan mendatangkan penat lelah.

Allah nak kita tahu yang indah di dunia itu sementara. Allah nak kita tahu takdir tetap milik DIA walau impian itu milik kita.

Maka berlapang dadalah. sesuatu yang akan jadi milik kita, walau sukar mana pun, kalau Allah kata jadi milik kita, pasti akan jadi milik kita akhirnya.

Tapi kalau sesuatu tu bukan milik kita, walau datangnya sesenang apa pun, kalau Allah kata takkan jadi milik kita, maka tak akan pernah jadi milik kita.

Ikhlaslah. Ikhlas itu melegakan!

[ Sumber Nur Raudah]

Petua Suami Menambat Hati Isteri


Baiti Jannati


  • Sentiasa berdoa agar disayangi. Apabila balik rumah, tegur dan sentuh isteri sebelum buat kerja lain.
  • Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan isteri sepanjang hari.
  • Jadilah seorang pendengar yang baik kepada isteri .Jangan tergesa-gesa untuk  menyelesai masalah isteri. Apa yang lebih penting adalah simpati.
  • Berikan masa sekurang-kurangnya 30 minit perhatian yang berkualiti terhadap isteri..  Berikan bunga, minyak wangi atau seumpamanya sebagai hadiah atau untuk        memujuk ketika isteri sedang marah.
  • Tolong masak atau ajak makan di luar sekali sekala.
  • Beri pujian mengenai penampilan isteri (rambut, wajah, pakaian dan sebagainya).
  • Pujuk apabila isteri marah atau kecil hati.
  • Beri bantuan atau kerjasama setakat yang mampu.   
  • Luangkan masa yang lebih agar tidak mendesak isteri untuk lebih cepat bergerak atau bertindak. 
  • Jika lambat pulang, beritahu lebih awal atau telefon rumah. 
  • Sekiranya isteri minta bantuan, nyatakan boleh atau tidak dengan tidak mengungkit      atau banyak komen. 
  • Jika anda perlu bersendirian untuk berfikir, beritahu bila anda akan pulang. 
  • Apabila sudah sejuk, beritahu isteri apa yang mengganggu fikiran secara sopan.          Jangan menyalahkan isteri. 
  • Bila isteri bercakap, beri perhatian sepenuhnya. 
  • Apabila keluar, tanya isteri kalau ada sesuatu yang ingin dipesan. 
  • Beritahu bila kita ingin berehat atau tidur. Peluk isteri dengan penuh kasih sayang sekurang-kurangnya empat kali sehari. Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, sekadar ingin memberitahu, “ABANG SAYANG PADAMU “. 
  • Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari. 
  • Tolong kemaskan katil atau bilik tidur. 
  • Ajak isteri berjalan-jalan tanpa anak-anak. 
  • Cuba tunaikan apa yang isteri hajati. 
  • Nyatakan anda merinduinya bila berjauhan. 
  • Bawa pulang buah tangan, kuih kegemaran isteri sekali sekala. 
  • Sentiasa lakukan ibadah bersama. 
  • Jika keluar daerah,telefon isteri memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan  memberitahu anda sudah selamat sampai. 
  • Sentiasa kemas dan wangi sebelum tidur bersama. Urut belakang isteri sekali sekala.
  • Peluk dan belai isteri sekali sekala tanpa implikasi seksual. 
  • Sabar dan tenang apabila mendengar cerita dan masalah isteri. Pamerkan kasih sayang di khalayak ramai. 
  • Jangan abaikan isteri atau tinggalkannya jauh ketika berjalan. 
  • Apabila keluar berjalan, elok berpegangan tangan untuk menunjukkan kemesraan. 
  • Buatkan air minuman untuk isteri sekali sekala. 
  • Ketika makan di luar, jangan harapkan isteri memilih tempat makan setiap masa. 
  • Beri perhatian lebih kepada isteri daripada orang lain ketika di khalayak ramai. 
  • Lebihkan isteri daripada anak-anak. 
  • Bila isteri kurang sihat, beri perhatian sewajarnya. Manjakan isteri sepertimana dia      memanjakan anda. 
  • Seeloknya masuk tidur serentak. 
  • Belai isteri sebelum pergi kerja. Ucapkan terima kasih setiap layanan yang isteri berikan. 
  • Cari masa untuk berdua-duaan sekali sekala. 
  • Lakukan riadah bersama isteri. 
  • Pergi berkelah sekali sekala.

[Sumber: Nur Raudah]



Petua Kebahagiaan Hidup





.Jangan bandingkan hidup kita dengan orang lain. Kita tidak tahu bagaimana perjalanan 
 hidup mereka.

 Jangan mempunyai pemikiran negatif terhadap benda yang kita tidak boleh kawal. 
 Sebaliknya, tumpukan tenaga  terhadap benda positif yang kita miliki pada masa ini.

Jangan terlebih buat apa yang kita mampu. Cukuplah setakat yang kita mampu.

Jangan terlalu serius terhadap diri sendiri. Tiada siapa yang berbuat demikian.

Jangan bazirkan tenaga dengan gosip.

Berfikir lebih jauh bila kita masih terjaga.

Iri hati adalah sia-sia. Kita sudah mempunyai semua yang diperlukan.

Lupakan perkara yang sudah lepas. Jangan ungkit kesilapan pasangan kita di masa 
lampau. Ia akan menghancurkan kegembiraan kita di masa kini.

Hidup ini terlalu singkat untuk membenci sesiapa. Hindarkan daripada membenci 
sesiapa.

Berdamailah dengan masa lalu  supaya ia tidak akan merosakkan masa sekarang.

Tiada siapa yang mengawal kegembiraan kita kecuali kita sendiri.

Hidup ini seperti sekolah dan kita di sini untuk belajar. Masalah ialah salah satu dari 
kurikulum yang akan muncul dan pergi seperti kelas algebra, tetapi pengajarannya kita 
akan pegang seumur hidup.

Senyum dan tertawa selalu.

Kita tidak perlu menang setiap pertengkaran. Setuju untuk tidak setuju.

Hubungi keluarga selalu.

Beri sesuatu yang baik untuk orang lain setiap hari.

Maafkan orang lain.

Luangkan masa untuk orang yang berumur 70 tahun ke atas dan 6 tahun ke bawah.

Pandangan orang lain terhadap kita itu bukan urusan kita.

Kerja tidak akan menjaga kita bila kita sakit tetapi keluargalah yang akan menjaga kita. 
Selalu berhubung. 

Dahulukan Tuhan dalam segala yang difikir, diucap dan dibuat.

Tuhan itu penyembuhan.

Buat perkara yang betul.

Bagaimana baik atau buruk pun situasi sekarang, ia akan berubah.

Bagaimanapun yang kita rasa, bangun, salin pakaian dan pergi ke mana yang patut 
dituju.

Yang terbaik akan datang kemudian.

Buang apa yang tidak berguna atau yang tidak menggembirakan.

Bila terjaga di waktu pagi, bersyukur kepada Tuhan.

Bila kita kenal Tuhan kita akan gembira. Jadi, bergembiralah selalu.

[Sumber: FB Ahmad Ezry]

Benarlah, hidup ini diibaratkan seperti kita sedang menduduki peperiksaan.

Selagi kertas kita belum dikutip, selagi itu kita masih boleh menulis jawapan dan juga memperbetul sebarang kesilapan.

Namun bila masanya telah tamat dan kertas pun dikutip, maka tiada apa lagi yg boleh diubah. Dan kita pun menantikan keputusan

Begitu juga hidup ini. Selagi kita masih bernyawa, maka berbuatlah sebaiknya dan bertaubatlah sekiranya kita berdosa. Sebab bila ajal datang menjelma, tiada apa lagi yg boleh kita ubah.

Keputusannya kelak sama ada kita Lulus (Syurga) atau Gagal (Neraka)

Ciri-ciri Wanita Cantik




Baiti Jannati

1) MELUKIS KEKUATAN MELALUI MASALAH.

Seorang wanita itu akan terserlah kekuatannya apabila menghadapi masalah yang datang padanya. Dia mampu memanfaatkan ujian Allah untuk meningkatkan kekuatan dirinya.

2) TERSENYUM SAAT TERTEKAN

Percaya atau tidak orang yang berada di sekelilingnya tidak mampu meneka apakah perasaan dia yang sebenar kerana dia pandai menyembunyikan masalahnya dengan senyuman. 

3) TERTAWA SAAT HATI SEDANG MENANGIS

Bukan saja-saja dia tertawa saat hatinya terluka dan menangis. Dia bersikap sedemikian kerana tidak mahu menyusahkan orang sekelilingnya.

Tambahan pula dia yakin pertolongan YANG ESA akan datang kepadanya dan bantuan Allah tidak pernah surut.

4) TABAH DI SAAT TERHINA

Penghinaan bukan halangan untuk dia meneruskan hidup. Ketabahannya menjadi perisai yang menangkis segala hinaan manusia lain yang tidak takut akan azab YANG ESA.

5) MEMPESONAKAN KERANA MEMAAFKAN

Dia bersedia memaafkan orang yang pernah melukakan dan menyakitkan hatinya. Mereka inilah yang menjadikan dia lebih tabah. Subhanallah.

6) MENGASIHI TANPA BALASAN

Kasihnya kepada keluarganya memang datang dari hatinya yang tulus ikhlas, bukan kerana mengharapkan sebarang balasan. Inilah kasih sejati seorang isteri dan ibu yang solehah.

7) BERTAMBAH KUAT DALAM DOA DAN PENGHARAPAN ILAHI

Dia hanya berharap kepada YANG ESA dan terus berdoa siang dan malam untuk kehidupan orang yang dia sayang. Dia tidak mementingkan diri. Keluarga sentiasa ada dalam setiap doa yang dipohonkannya.

Semoga kita semua mempunyai ciri-ciri wanita cantik di dunia ini. insyaAllah

[ Sumber: FB Ilham Ezry]

Monday, July 30, 2018

Wahai Suami Fahamilah!



Baiti Jannati
  • Andai kau pilih wanita yang bekerja, dan mahu isterimu bekerja, kamu perlu menerima dia mungkin tak mampu bersihkan rumah sebersih-bersihnya.
  • Andai kau tak mahu Isterimu bekerja, mahu dia duduk dan jaga rumahtanggamu maka kamu harus menerima dia mungkin tak mampu nak hasilkan duit.
  • Andai kau pilih wanita yang turut apa sahaja kehendakmu, dengar sahaja tanpa bantahan, kau juga harus terima yang dia mungkin tak pandai nak berdikari dan tak mampu nak hidup sendiri..
  • Andai kau pilih wanita yang BERANI dan CEKAL, kau harus terima apabila dia ada jawapan, berani menegakkan hak dan punya pemikiran sendiri..
  • Andai kau pilih wanita yang cantik dan sempurna, kau harus bersedia untuk keluarkan duit sentiasa mencantikkannya.
  • Andai kau pilih wanita yang HEBAT, kau harus terima dan tahu, dia tidak akan mudah menyerah kalah dan dia memang akan keras dengan apa pendapatnya..

SEDARLAH KAMU, wahai lelaki !!  
TIDAK ADA WANITA YANG SEMPURNA.
Yang ada hanya dalam MIMPI mu saja !!
.
SEDARLAH KAMU, wahai lelaki !!  
JANGAN kamu mengeluh, jika isterimu tak pandai MENCARI duit tapi cuma pandai habiskan duitmu.
.
Lelaki zaman sekarang semuanya mengharapkan wanita lemah lembut, pandai beri perhatian, cantik rupa dan tubuh badan, berdikari, pandai cari duit sendiri, selain bijak mengurus rumahtangga, hormat pada orang tua dan baik hati kepada ahli keluargamu. 
.
TAPI
Cuba bertanya pada diri sendiri. Apa yang kau ada? Apa yang kau sanggup buat ?
Kau HANDSOME ? Terlalu SADO ! Atau kau ada DUIT yang TERLALU banyak?
.
ATAU 
kau pun seorang yang pernuh kekurangan ..yang mahukan perhatian, kasih sayang dari seorang isteri ?
.
KALAU kau tidak sempurna, jangan pernah TUNTUT kesempurnaan dari isterimu.!!
.
.BELAJARLAH BERSYUKUR !!
.
.Isteri itu baik buruknya tergantung pada suami!
CANTIK, bila si suami memberikan hak berhias
AKHLAK BAIK, bila si suami mengajarkan budi pekerti
PANDAI, bila si suami mengajarkan ilmu yang baik
SOLEHAH, bila si suami membimbingnya ke agama yang baik
.
.[ Sumber dari Page Firmatika Kencang Menawan]

Kadangkala



Baiti Jannati


Kadangkala, 
Allah sukarkan jodoh kita,
Tetapi apabila sudah selamat berumahtangga,
Dia mudahkan rezeki menimang cahaya mata.

Kadangkala,
Allah sukarkan kita menimang cahaya mata,
Tetapi Dia rezekikan suami /isteri yang memahami serta menerima kita seadanya.

Kadangkala,
Allah sukarkan kita dengan suami/ isteri yang sering membuat hati menjeruk rasa,
Tetapi Allah mudahkan dengan kehadiran anak-anak penyejuk mata.

Kadangkala,
Allah payah dan sukarkan kita dalam mendidik cahaya mata,
Tetapi Dia mudahkan dengan pelbagai ilmu keibubapaan yang membuatkan anak-anak tidak derhaka.

Kadangkala,
Allah sukarkan kita dengan perkara-perkara yang ada di atas,
Tetapi Allah mudahkan kita dalam kerjaya juga beramal kepadanya.

Dan ada juga ketikanya,
Allah sukarkan kita dengan segala-galanya,
Tetapi Allah mudahkan kita menjadi hamba-Nya yang Dia redha.

Subhanallah, Nikmat Allah itu luas. 

Kadangkala,
Tidak terjangkau oleh akal fikiran,
Namun membuat kita kerdil saat kita menyedarinya,

Lalu tinggal kita yang harus memilih,
Mahu menjadi orang biasa-biasa,
Atau menjadi Hamba Allah yang luar biasa
Yang lebih kaya hati dan jiwa berbanding emosinya?



  • Di saat kamu ingin melepaskan seseorang, ingatlah pada saat kamu ingin mendapatkannya.
  • Di saat kamu mulai tidak mencintainya, ingatlah saat pertama kamu jatuh cinta padanya.
  • Di saat kamu mulai bosan dengannya, ingatlah selalu saat terindah bersamanya.
  • Di saat kamu ingin menduakannya, ingatlah bahawa dia selalu setia kepadamu.
  • Di saat kamu ingin membohonginya, ingatlah dia telah jujur kepadamu.
  • Maka kamu akan merasakan erti dia untukmu.
  • Jangan sampai di saat dia sudah tidak lagi di sisimu, kamu baru menyedari semua erti dirinya untukmu.


[Sumber: FB Ahmad Ezry]

Dunia Untuk Akhirat

Kata ulama, apabila ALLAH TIDAK MENGHENDAKI KITA LAGI, DIA AKAN SIBUK-SIBUKKAN KITA dengan dunia, anak-anak, perniagaan, harta dan urusan mencari pengaruh, pangkat serta kuasa. Betapa ruginya kerana semua itu akan kita tinggalkan. 


Firman Allah: " Tidak AKU CIPTAKAN JIN DAN MANUSIA MELAINKAN SUPAYA MEREKA MENYEMBAH AKU." (Surah Adzzariyat ayat 56). 

Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telahpun ditentukan oleh-Nya. Kita sering iri hari melihat orang lain dapat lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, kereta mewah dan rumah besar. Mengapa kita tidak pernah cemburu melihat ILMU DAN AMALAN orang lebih daripada kita? Mengapa tidak pernah iri hati melihat mereka bangun sepertiga malam untuk QIAMULLAIL? Tidak juga cemburu melihat orang dapat khatam Al-Quran sebulan dua kali. Paling menyedihkan kita tidak takjub melihat ORANG KELAINAN UPAYA BERSUNGGUH-SUNGGUH MENGERJAKAN SOLAT. 

Kita sungguh lalai kerana setiap kali menyambut ulangtahun kelahiran kita sibuk meraikannya semeriah mungkin, padahal pertambahan umur bererti kita semakin kembali ke sisi Allah. Sepatutnya kita sediakan bekalan yang cukup untuk menuju ke tempat yang jauh perjalanannya, dan kita tidak akan kembali buat selama-lamanya.Kesemua ini adalah petanda dunia akhir zaman apabila duit, pangkat dan harta mengatasi segalanya. Sesungguhnya mati itu benar, alam kubur itu benar, pertanyaan Munkar Nakir itu benar, Mahsyar Allah itu benar, syurga dan neraka itu benar.

Jadilah hamba yang dikasihi Allah dengan menggunakan HARTA yang dicari untuk membuat kebaikan sebagai BEKALAN menuju Akhirat, contoh, sedekah, waqaf dan perbelanjaan yang dibuat atas dasar mencari ilmu untuk keluarga sendiri, apatah lagi untuk orang lain. Jangan terlalu leka mengumpul harta untuk diwariskan kepada anak-anak. 
Mereka sepatutnya mencari harta sendiri. 

Allah mencintai hamba yang MENYUCIKAN hati dengan bertaubat, berakhlak mulia dan menjaga kebersihan diri dan persekitaran. Tunaikan semua janji. Kerja pula JANGAN DITANGGUH. Sempurnakannya sekarang juga, bukan esok yang belum tentu, dan bukan pula semalam yang sudah berlalu. 

Dampingi orang-orang beriman dan bertaqwa. Letakkan rasa TAWAKAL kepada Allah jauh di dalam hati. Didik anak cucu dalam hal-hal keagamaan dan KEIMANAN. Sentiasa menegakkan keadilan dalam memberi hukuman. 

Jangan menjadi pengasuh cucu sepenuh masa. Itu tanggungjawab ibu bapa anak-anak tersebut. Tingkatkan KESABARAN ketika ditimpa penyakit dan berhadapan dengan keadaan fizikal yang lemah.Sentiasa BERLAPANG DADA. 

Berikan KEMAAFAN kepada diri sendiri dan orang lain. Ketika itu hati pasti akan menjadi tenang dan tenteram. Jangan bimbang tentang KEMATIAN. Ia adalah sahabat yang akan membawa kita ke permulaan HIDUP ABADI.Bayangkan kegembiraan di alam abadi. 

Petua untuk menjadi hamba yang berjaya dalam hidup dan memastikan Allah sentiasa ada di sisi pada setiap masa, kita mesti sentiasa ingat kepada-Nya melalui ZIKIR. Gunakan segala peluang dan ruang untuk menunaikan ibadah yang ringkas namun bermanfaat ini, contoh, ketika sedang memasak dan mengemas rumah, ketika berada di jalan raya, terutama apabila terperangkap dalam kesesakan lalulintas.Tindakan positif yang dilakukan akan ditiru oleh ahli keluarga lain, terutama anak-anak kecil yang mindanya mudah menyerap segala apa yang dilihat.Wallahualam.

Ramai menyangka orang yang bekerja secara ikhlas ialah mereka bekerja tanpa bayaran, sedangkan bekerja dengan ikhlas akan membuat mereka dibayar lebih tinggi lagi. Kenapa? Kalau buat kerja berhabis-habisan, bermati-matian tentulah bos sayang dan mungkin dapat naik gaji. Andai kata dalam bank ada RM500 tetapi yang diberi RM100, itu boleh juga dikatakan ikhlas. Tetapi kalau yang dihulur hanya RM1 sedangkan baki dalam bank RM15,000, sesungguhnya Allah memang tahu derma itu ikhlas atau tidak. Semoga Allah berikan mereka yang ikhlas itu dengan keberkatan rezeki supaya mampu mencukupkan keperluan pihak yang daif. Jika benar-benar ikhlas, tidak perlulah menyebut yang kita ini ikhlas. Pihak yang satu lagi pun BOLEH RASA keikhlasan hati itu. 

Kesimpulannya, JIKA IKHLAS, BUATLAH SEHABIS BAIK SECARA BERHABIS-HABISAN dan bukan buat lebih kurang sahaja. Ambil iktibar cerita antara Habil dan Qabil tentang bagaimana Allah menilai keikhlasan. Jangan menghukum sesiapa. Mustahil kita boleh menilai keikhlasan orang lain. Itu hanya ALLAH dan orang itu sendiri sahaja yang tahu.

Hidayah - Dekat Tapi Jauh



Abu Talib, bapa saudara Nabi s.a.w. yang mengasuhnya dengan penuh kasih sayang sejak kematian ibu bapa. Dia sangat berjasa dalam membantu dan melindungi keselamatan Baginda sebelum dan sesudah diangkat menjadi nabi dan rasul. Abu Talib jugalah yang menguruskan pernikahan Baginda dengan Siti Khadijah. Nabi selalu berdoa supaya Abu Talib memeluk Islam namun doanya tidak diperkenankan oleh Allah menerusi Firman-Nya: “Kamu tidak dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi. Tetapi Allah yang memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya. Allah lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk.” Surah Al Qasas ayat 56.

Ketika sedang di ambang kematian, Nabi s.a.w. masih lagi memujuk Abu Talib supaya mengucapkan syahadah. Namun pada masa yang sama, seorang lagi bapa saudara Nabi iaitu Abu Jahal turut melarang persyahadatannnya dengan berkata, “Wahai Abu Talib, sampaikah hatimu mahu meninggalkan agama Abdul Mutalib.” Bila mendengar nama bapanya iaitu Abdul Mutalib disebut, Abu Talib menghormati mendiang bapanya dan tetap yakin dengan agama nenek moyangnya. Itulah sebabnya Abu Talib memberitahu Nabi s.a.w., “ Jika aku tidak khuatir kepada orang-orang Quraisy yang mencela dan mengatakan, aku terpaksa mengucapkan syahadat itu kerana takut menghadapi kematian, pasti akau akan mencucapkan kepadamu (Muhammad).”

Begitulah, kedekatannya kepada rasul pilihan tidak dapat menjadikan Abu Talib sebagai seorang hamba yang dikasihi Allah. Pengajarannya ---Muslimin dilarang mendoakan / memohon keampunan bagi orang-orang kafir, meskipun dia adalah kerabatnya sendiri. Firman Allah: “Tidak sepatutnya Nabi dan orang-orang beriman meminta ampun daripada Allah untuk orang-orang musyrik walaupun musyrik itu adalah kaum keluarganya sendiri. Jelas bagi mereka, orang-orang musyrik itu adalah penghuni neraka jahanam.” (Surat At Taubat ayat 113).


Membawa Unta Berjalan Malam


Baiti Jannati


Asam garam rumah tangga Nabi s.a.w.

Sayidatina Aisyah menceritakan bahawa apabila Nabi s.a.w. hendak bermusafir, Baginda akan membuat undian antara isteri-isteri Baginda. Kali ini undian jatuh kepada Aisyah dan Hafsah. Kebiasaannya pada sebelah malam, Nabi akan berjalan bersama-sama Aisyah sambil bersembang dengannya. 

Suatu hari Hafsah berkata kepada Aisyah, “Mahukah malam ini awak naik unta saya, saya naik unta awak. Awak boleh nampak apa yang saya nampak. Saya juga begitu.” Aisyah menjawab, boleh. Beliau pun naik.

Selepas itu Nabi datang lagi dekat unta Aisyah walhal yang menungganginya Hafsah. Baginda memberi salam dan berjalan bersama sehingga mereka singgah di suatu tempat. Barulah Aisyah rasa kehilangan Baginda. 

Maka semasa mereka berhenti, Aisyah pun meletakkan kedua-dua kakinya di antara semak-semak. Dia berkata, “Wahai Tuhanku, datangkanlah jengking atau ular menyengatku! kerana aku tidak boleh berkata apa-apapun kepada Baginda.” (Riwayat al-Bukhari) 

- - -Sahih al-Bukhari; Kitab Nikah, bab Mengundi isteri ketika hendak bermusafir.

Teks Asal

عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا خَرَجَ أَقْرَعَ بَيْنَ نِسَائِهِ فَطَارَتْ الْقُرْعَةُ لِعَائِشَةَ وَحَفْصَةَ. وَكَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ بِاللَّيْلِ سَارَ مَعَ عَائِشَةَ يَتَحَدَّثُ.
 فَقَالَتْ حَفْصَةُ أَلَا تَرْكَبِينَ اللَّيْلَةَ بَعِيرِي وَأَرْكَبُ بَعِيرَكِ تَنْظُرِينَ وَأَنْظُرُ.
 فَقَالَتْ بَلَى فَرَكِبَتْ فَجَاءَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَى جَمَلِ عَائِشَةَ وَعَلَيْهِ حَفْصَةُ فَسَلَّمَ عَلَيْهَا ثُمَّ سَارَ حَتَّى نَزَلُوا. وَافْتَقَدَتْهُ عَائِشَةُ فَلَمَّا نَزَلُوا جَعَلَتْ رِجْلَيْهَا بَيْنَ الْإِذْخِرِ. وَتَقُولُ يَا رَبِّ سَلِّطْ عَلَيَّ عَقْرَبًا أَوْ حَيَّةً تَلْدَغُنِي. وَلَا أَسْتَطِيعُ أَنْ أَقُولَ لَهُ شَيْئًا


[Dari FB Ustaz Muhammad Luqman Makhtar]



Aisyah - ikon dan watak utama kisah ini. Teladan utama kisah ini mesti dipelajari dari Pemikiran, tindakan Aisyah yang dipandu Akal, Iman dan emosinya.

Rasulullah saw. Nadi penggerak kisah ini. Kita tahu kisah jodoh Nabi dengan setiap isteri. Misteri dan unik bagaimana Nabi memahami dan mengenali isteri-isteri baginda. Masakan Nabi tak mengenali Akal Hafsah, masakan Nabi tak memahami emosi Aisyah dan Hafsah.

[ Komen mengenai kisah di atas dari Mohd Shakariza Menhuri ]