Wednesday, July 24, 2013

Wang Dan Kesihatan

serenemaklong.blogspot.com



KEBANYAKAN warga emas di negara ini mempunyai tahap kesihatan yang rendah. Rata-rata-rata mengidap beberapa penyakit dan purata perbelanjaan untuk ubat dan rawatan setiap bulan mencecah RM500-RM600. Ada yang menggunakan wang pencen untuk menampung perbelanjaan itu, manakala yang tidak berpencen keadaan mereka lebih teruk lagi. 

Sebenarnya jika kesihatan dijaga sejak dari usia muda mungkin wang dapat dijimatkan beribu atau berpuluh ribu ringgit satu hari nanti. Pemakanan yang tidak sihat bukan sahaja merugikan wang secara langsung, tetapi juga boleh menimbulkan masalah kesihatan lain yang memakan perbelanjaan perubatan yang tinggi pada masa hadapan.

Garam berlebihan boleh mengakibatkan darah tinggi manakala gula berlebihan pula boleh mengakibatkan diabetes. Pemakanan yang seimbang adalah kuncinya. Banyakkan memakan sayur-sayuran serta buah-buahan. Yang organik adalah terbaik!

Penyelidikan Cleveland State University mendapati  mereka yang kerap bersenam mempunyai pendapatan yang lebih tinggi daripada mereka yang tidak melakukan senaman. Menurut kajian ini, mereka yang bersenam 3 kali seminggu menjana pendapatan 10% lebih daripada mereka yang tidak bersenam

Ini kerana, mereka yang bersenam pastinya mempunyai semangat, momentum, dan motivasi lebih tinggi dan memberikan kerja lebih produktif. Oleh itu mulalah bersenam hari ini!

Kikis tabiat merokok kerana kos merokok amat tinggi, bukan sahaja pada kotaknya, tetapi juga kos kesihatan jangka panjang. Perokok tegar mungkin membelanjakan RM30 seminggu, iaitu dalam lingkungan RM120 sebulan. Tidak termasuk kos merawat penyakit akibat rokok setiap tahun yang menjangkau berbilion RM. Melaburkan RM120 sebulan pada pulangan 12% akan menjadi lebih RM118,000 dalam masa 20 tahun!!!

Jangan lupa juga mengambil insurans takaful kesihatan. Malang tidak berbau. Walaupun melakukan senaman dan menjaga kesihatan, adakalanya penyakit tetap hadir. Sebagai langkah berjaga-jaga serta merupakan strategi kewangan yang baik, dapatkan insurans takaful kesihatan bagi meringankan beban kewangan sekiranya penyakit melanda.

Sentiasa sematkan di minda bahawa wang dan kesihatan sama pentingnya pada zaman ini. 

( Irfan Khairi)


No comments:

Post a Comment