serenemaklong.blogspot.com
INI antara pilihan menu yang disaran untuk turun 5kg dalam masa sebulan
berpuasa:
- Oat
- Ikan
- Kurma
- Sayuran
- Buahan
- Tempe (soya)
- Susu/atau minuman Yogurt
Elakkan makanan bergaram tinggi ketika sahur kerana ia akan menyebabkan
badan nyahhidrat lebih cepat. Lebihkan pengambilan makanan berserat tinggi
untuk menggelakkan rasa lapar sepanjang hari.
Kenapa tidak senaraikan nasi dalam pilihan menu di atas? Kerana nasi
mengandungi lebih kanji. Ia membekal lebih lemak. Tukarkan nasi kepada oat. Ia
lebih mudah dihadam dan berkhasiat. Lagipun, oat membantu menyerap kolesterol
dalam badan.
Kenapa tiada menu ayam atau daging? Heyyy~ bukankah nak turun 5kg dengan
pantas! Jadi, elakkan mengambil protein yang sukar dihadam. Gantikan dengan
soya(tempe) atau ikan dah cukup. Lagipun, hari raya nanti pasti pelbagai juadah
daging dan ayam akan terhidang. Jadi, anggap saja anda juga berpuasa dari
memakan ayam dan daging untuk sebulan ini.
Elakkan makanan berminyak dan meminum minuman sejuk semasa berbuka.
Adalah lebih baik anda makan kurma dan menikmati bubur oat dan sup sayur.
Cukup!
Kenapa Ramadan sering dikaitkan dengan kurma?
Kurma bukan sekadar sunnah. Ia mengandungi campuran glukosa dan
fruktosa. Mengandungi potassium yang tinggi, sekitar 64 peratus lebih tinggi
daripada pisang. Mengandungi beta-D-glucan yang mana merupakan serat larut air
yang menyebabkan rasa kenyang.
Kenapa badan saya susut ketika puasa dan naik
mendadak selepas raya?
Perlu diingatkan, ada kemungkinan berlaku penurunan kadar metabolisme
semasa berpuasa. Selepas tamat puasa, kadar metabolisme jauh lebih rendah dan
ketika itu kebanyakan orang akan makan tak ingat dunia dan menyebabkan badan
mengembang semula bagai kena pam. Malah, berat badan boleh naik mendadak dua
kali ganda dari berat sebelum berpuasa. Oleh itu, jagalah pemakanan anda
selepas berpuasa nanti. Ok~
*Senarai menu di atas juga sangat bagus untuk golongan ibu-ibu yang
menyusukan anak dan juga yang sedang mengandung.
No comments:
Post a Comment