Sunday, July 14, 2013

Bersyukurlah!

serenemaklong.blogspot.com





11 Perkara yang harus diingat sebelum mengeluh:

1. Hari ini sebelum bercakap perkara tidak baik, fikirkan tentang orang yang tidak boleh bercakap sama sekali.

2. Sebelum mengeluh tentang rasa makanan, fikirkan tentang orang yang tidak mempunyai apa-apapun untuk dimakan.

3. Sebelum mengeluh tidak mempunyai apa-apa, fikirkan tentang orang yang mengemis di jalanan.

4. Sebelum mengeluh nasib yang buruk, fikirkan tentang orang yang berada pada tingkat terburuk di dalam hidupnya.

5. Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri sendiri, fikirkan tentang orang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

6. Hari ini sebelum mengeluh tentang hidup, fikirkan tentang orang yang meninggal terlalu cepat.

7. Sebelum mengeluh tentang anak-anak, fikirkan tentang orang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

8. Sebelum mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantumu tidak menjalankan tugasnya, fikirkan tentang orang-orang yang tinggal di jalanan.

9. Sebelum mengeluh tentang jauhnya kamu telah berkenderaan, fikirkan tentang orang yang menempuh jarak yang sama dengan berjalan kaki.

10. Di saat kamu lelah dan mengeluh tentang kerja, fikirkan tentang penganggur, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai kerja seperti anda.

11. Sebelum menuding jari menyalahkan orang lain, ingatlah bahawa tidak ada seorang pun yang tidak berdosa.

ﻓﺒﺄﻱ ﺍﻻﺀ ﺭﺑﻜﻤﺎ ﺗﻜﺬﺑﺎﻥ
Maka nikmat Tuhanmu manakah yang kamu dustai ?

Maka bersyukurlah..
Alhamdulillahi Rabbil’alamiin.

*  http://goo.gl/EwjJj
 



No comments:

Post a Comment