Thursday, July 11, 2013

Pengajian Yahudi

serenemaklong.blogspot.com




BENARKAH bangsa Yahudi pandai membaca Al-Quran dan faham isi kandungan Al-Quran? Mari kita telusuri sistem pendidikan di Israel.

Di tadika, pemakanan anak-anak mereka cukup dikawal - makanan awal ialah buah-buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (cod liver oil). 

Kanak-kanak Yahudi memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris. Sejak awal lagi mereka dilatih bermain piano dan violin. Menurut mereka bermain muzik dan memahami nota-notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak-kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.  
Ini bermakna bangsa Yahudi memang memahami bahasa arab sejak kecil dan mereka digalakkan mengkaji Al-Quran, bukannya untuk beriman dengan Allah tetapi untuk menentang Allah.
 
Bagaimana ini boleh berlaku sedangkan kebenaran Al-Quran jelas terpampang di hadapan mata mereka? Jawapannya mudah sahaja, sejak kecil mereka telah didoktrin dengan semangat Kebangsaan dan Ketuanan Yahudi.

Justeru itu Allah dan Rasulnya melaknat golongan yang berjuang atas dasar Assobiyah (Kebangsaan) 
"Jika kamu meletakkan bangsa dan keturunan di hadapan kamu, maka kamu tidak akan dapat melihat segala kebenaran sedangkan Allah menjadi saksi di atas kebenaran tersebut."

Jika kita pandai mengaji Quran dan memahami isi kandungannya tetapi terus-terusan menentang hukum Allah, apa bezanya kita dengan Yahudi? Apakah lafaz Syahadah kita itu hanya suatu lafaz palsu dan  kosong?

No comments:

Post a Comment