Wednesday, July 31, 2013

Khasiat Surah Al Waqiah

serenemaklong.blogspot.com








KHASIAT Surah Al-Waqiah adalah seperti berikut:

1.Amalan terbaik bagi wanita dan gadis sebagai pemelihara dan pelindung diri dari kemudaratan dan kemiskinan. Kelebihan surah ini dinyata dalam pesanan Uthman bin Affan kepada Abdullah yang sedang sakit tenat.

Uthman berkata: " Ini untuk anak-anak perempuan kamu selepas ketiadaan kamu”.


Abdullah menjawab, “Adakah kamu takut anak-anak perempuanku menjadi miskin? Sesungguhnya saya perintahkan mereka membaca surah Al-Waqiah tiap-tiap malam. Sesungguhnya saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa membaca surah Al-Waqiah tidak akan jadi miskin selama-lamanya."

2. Jika dibaca sebagai wirid, dengan izin Allah akan beroleh kesenangan dan kemudahan selama-lamanya.

3. Orang yang membacanya setiap malam satu kali, maka dia akan terhindar dari kemiskinan.

4. Jika dibaca di sisi jenazah atau orang yang sedang nazak, In Sya Allah dipermudahkan rohnya keluar dari jasad.Jika dibaca di sisi orang sakit, In Sya Allah diringankan kesakitannya. Boleh juga dibaca kepada wanita yang hendak bersalin sebagai selusuh.

In Sya Allah dengan mengamalkan surah al-Waqiah setiap hari, hidup akan sentiasa dimurahkan rezeki dan dilimpahi kebahagiaan di dunia dan akhirat. Dengan izin Allah rezeki yang melimpah ruah dapat digunakan untuk melaksanakan amal jariah dan meringankan beban golongan kurang bernasib baik.

Pun begitu, amalan membaca surah ini jangan hanya kerana  kekayaan dan kemewahan semata-mata. Sebaliknya bacalah ia dengan hati ikhlas demi mengejar keredhaan, beserta niat bahawa apabila dimurahkan rezeki kelak, amal ibadah dan jariah akan pertingkatkan. In Sya Allah doa akan dimakbulkan.




No comments:

Post a Comment