serenemaklong.blogspot.com
UMAT Islam memang
kreatif dalam berniaga. Air tawaf, air piring putih yang ditulis ayat suci
Quran dan macam-macam lagi.
Kini, muncul pula air yang dikatakan direndam dengan anai-anai yang sudah memakan
22 juzuk Quran. Kononnya ia amat berkhasiat dan mempunyai pelbagai faedah.
Kalaulah anai-anai yang makan 22 juzuk
Quran dan direndam dalam air itu banyak kelebihan, mengapa peniaga tidak menyarankan umat Islam makan Quran saja?
Hasan al-Basri pernah berkata: "Quran
memberikan manfaat kepada kita apabila kita mengamalkannya."
Quran sepatutnya ditadabbur dan diamalkan perintah
yang terdapat di dalamnya, bukan diberi makan pada anai-anai dan kemudian
diminum pula air rendamannya. Mengapalah peniaga Islam menggunakan cara merapu untuk
melariskan perniagaan. Dikhuatiri perkara begini boleh menjerumuskan umat Islam
ke dalam khurafat.
Tukang pelaris selalu tampak Islamik dengan
janggut, songkok, jubah, serban serta gelaran ustaz / ustazah, namun itu tidak
menjamin kemujaraban produk yang dipromosi.
Sebenarnya
dengan niat ikhlas kepada Allah S.W.T. air zamzam mampu menjadi penyembuh mujarab.
No comments:
Post a Comment