Friday, July 26, 2013

Teknik Baru Curi Kereta

serenemaklong.blogspot.com




MINGGU lalu, kereta seorang wanita telah dicuri di tempat yang sangat sibuk berhampiran Jaya Jusco di Mahkota Cheras, Kuala Lumpur. Kejadian patut dikongsi bersama
supaya kita dapat mengurangkan peluang kepada pencuri kereta.

Selepas meletakkan kereta di tepi jalan di luar Jusco, wanita tersebut mendapati bahawa dia tidak berjaya  mengunci keretanya dengan alat kawalan jauh (remote). Beliau alat kawalan jauh tersebut telah kehabisan bateri atau rosak, lalu beliau hanya menggunakan kunci biasa untuk mengunci keretanya secara manual. Beliau kemudian pergi untuk membeli beberapa barangan runcit.

Apabila dia kembali kira-kira 30 minit kemudian, didapati keretanya telah hilang. Di balai polis dan juga di agensi insurans, beliau telah diberitahu bahawa terdapat beberapa sindiket mencuri kereta yang menggunakan peranti elektronik ‘klip’ frekuensi alat kawalan jauh kereta (car remote’s frequency clipping). Alat ini boleh mengesan
frekuensi remote kereta semasa ia digunakan untuk mengunci kereta.

Kesan dari operasi ‘clipping’ oleh pencuri kereta ini,  pemilik kenderaan tidak dapat mengunci kereta dengan alat kawalan jauh. Jadi pemilik kereta akan menguncinya secara manual.

Sebaik sahaja pencuri ini memperolehi frekuensi alat kawalan jauh kereta, mereka akan mencuri kereta apabila anda berada jauh dari kereta anda.


Pengajaran untuk masa depan apabila anda tidak dapat mengunci kereta anda dengan alat kawalan jauh, kemungkinan tinggi seseorang berdekatan telah mensasarkan kereta anda. Jadi dinasihatkan supaya jangan  meletak kenderaan di tempat tersebut dan beredarlah dari situ.

No comments:

Post a Comment