serenemaklong.blogspot.com
SETIAUSAHA Parlimen Australia,
Ed Husic dikecam kerana bersumpah menggunakan Al Quran sewaktu perlantikan.
Menteri Muslim pertama yang menjawat jawatan tinggi dalam struktur kerajaan Australia, diserang secara rasis di jejaring sosial media hanya disebabkan beliau mengangkat sumpah menggunakan
Al-Quran dan tidak menggunakan Bible.
“Saya adalah saya,” kata Ed Husic, yang diangkat sebagai Setiausaha Parlimen kepada Perdana Menteri Kevin Rudd.
“Saya tidak akan bersumpah menggunakan Bible,” katanya.
“Dari semasa ke semasa, di keliling kita ada orang-orang yang ekstrim di dalam agamanya. Orang-orang yang ekstrim di luar itu akan selalu mencari cara untuk mempengaruhi orang lain. ” katanya.
Husic, yang berasal dari Bosnia, adalah Muslim pertama yang diangkat sebagai Setiausaha Parlimen kepada Perdana Menteri Australia. Beberapa jam setelah ia mengangkat sumpah di hadapan Gabenor Jeneral Quentin Bryce, di halaman Facebooknya, beliau telah menerima ratusan komen-komen dari mereka yang marah dan tidak bersetuju dengan keputusannya menggunakan Al-Quran, dan bukan Bible seperti kebiasaan yang digunakan untuk mengangkat sumpah.
“Awak telah melakar sejarah terburuk, bersumpah menggunakan Al-Quran!! Ini adalah Australia dengan Hukum Australia,” kata seorang yang menggunakan nama FB Dinki Di Sheila.
“Bersumpah untuk melayani Australia dengan menggunakan ‘buku teroris’, buku yang sama yang digunakan oleh Al-Qaeda.... Menjijikkan,” antara komen yang lainnya.
“Memalukan, memalukan, memalukan,” tulis Ross.
“Saya sangat kecewa dengan kerajaan, seolah-olah tidak punya tulang belakang untuk berdiri mengikut cara hidup Australia.”
“Awak harus rasa malu. Sebagai bangsa yang besar, politik Australia telah mengikuti anjing, melakukan tindakan khianat dengan bersumpah dengan Al-Quran, awak anjing kampung terbesar di halaman rumah! ” kata Steve Kerr.
Husic, 43, melakar sejarah pada tahun 2010 ketika beliau telah terpilih sebagai anggota parlimen bagi Sydney barat. Beliau mengangkat sumpah dengan tangan kanannya memegang al-Quran.
---------------------------------------------------------------------------
Ed Husic jelas memuliakan haknya sebagai seorang muslim yang beriman dan bertaqwa. Suara-suara sumbang itu tidak perlu diambil kira. Andainya mereka tahu ajaran Islam yang sebenarnya, pasti mereka kesal dengan apa yang mereka katakan.
Wallahua'lam

No comments:
Post a Comment