Thursday, July 18, 2013

Satu Rampasan Tiga Kezaliman

serenemaklong.blogspot.com





                                                            
Mesir:
Selama 32 tahun Mesir berada di bawah pemerintahan diktator Hosni Mubarak. Bila pemimpin itu berjaya diturunkan, rakyat inginkan pemerintah yang mereka pilih sendiri. Sebab itu mereka gembira bila Dr. Morsi menang pilihanraya dan menerajui kerajaan.
 
Dalam setahun memegang tampuk pemerintahan, Morsi sempat membawa beberapa perubahan ke atas Mesir. Namun itu belum cukup untuk mengubah “kematu” yang terwujud sejak berpuluh tahun lalu.
 
Kini penggulingannya telah mengembalikan Mesir kepada keadaan jeleknya yang dahulu. Rakyat kini berpecah-belah. Masing-masing membawa perasaan tidak puas hati ke jalanan. Jika tidak diatasi segera dengan sebaik-baiknya, Mesir bakal menjadi “lauk” zionis  Israel, sama seperti Palestin.         
 
Gaza:
Sejak rampasan kuasa di Mesir 3 Julai lalu, tentera Mesir telah mengarahkan supaya satu-satunya laluan keluar masuk rakyat Palestin di Rafah ditutup, menambah kesengsaraan mereka yang bertarung hidup dengan bekalan asas.
 
Tindakan menutup sempadan Rafah juga telah mendedahkan penduduk Gaza kepada kemungkinan Israel melancarkan serangan mengejut.

Penutupan sempadan Rafah atas alasan tentera Mesir sering diserang anasir dari tentera Hamas tidak terbukti kebenarannya.

Penutupan Rafah menyebabkan ratusan penduduk yang ingin kembali ke Gaza dari luar negara terkandas di lapangan terbang Kaherah.  Para pesakit di Gaza juga turut terperangkap di tempat sendiri yang memang tidak cukup kelengkapan perubatan.
 
Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, setiap hari puluhan warga Palestin yang menderita sakit menunggu pintu Rafah dibuka agar mereka dapat segera berubat di Hospital Mesir atau tempat lainnya.

Ketika Morsi ditampuk kuasa hampir setahun sebelum ini, pintu Rafah dibuka bebas untuk rakyat Palestin mendapatkan keperluan dan perlindungan.

Pintu sempadan ini ditutup sepanjang 32 tahun Hosni Mubarak berkuasa.

Syria:
Selepas penahanan Presiden Dr Mohamad Morsi, kerajaan baru Mesir tidak membenarkan pelarian Syria masuk ke Mesir tanpa visa. Pemberian visa mengambil masa kira-kira setahun. Situasi di Syria sudah memang buruk. Haruskah mereka terus berada di Syria dan menjadi mangsa sembelihan tentera Basyar? Kini mereka berhadapan kezaliman tentera Mesir pula. Ke mana lagi harus mereka mendapatkan perlindungan? Hanya kepada Allah mereka berserah.
 
Hasbunallahu wanikmal wakil
 


No comments:

Post a Comment