serenemaklong.blogspot.com
QARIN bererti “pendamping” atau “teman”.
Allah menentukan bahawa setiap manusia yang lahir ke dunia, diiringi oleh dua Qarin, satu daripada kaum malaikat dan
satu lagi daripada kaum jin.
Mereka boleh dikatakan kembar kita kerana
kedua-duanya memiliki 100% ciri yang ada pada kita. Qarin malaikat mengilhamkan
kebaikan pada kita manakala Qarin jin mengilhamkan kejahatan. Allah telah
mengIslamkan Qarin jin Rasulullah s.a.w. Dia hanya mengilhamkan kebaikan.
Kerana itulah Nabi s.a.w maksum.
Diriwayatkan oleh Jabir bin Abdillah bahawa Nabi Adam as. Telah berdoa ketika diturunkan ke bumi, “Wahai Tuhanku, inilah syaitan yang telah Engkau jadikan permusuhan antara aku dan dia. Jika Engkau tidak perlihatkan dia, aku tidak mampu menghadapinya.” Kemudian Allah s.w.t. berfirman, “Tidak akan dilahirkan seorang anak dari kamu, kecuali ditugaskan seorang malaikat untuk menjaganya.”
Nabi Adam as. berdoa lagi, “Ya Tuhanku, berilah tambahan kepadaku.” Allahpun berfirman, “ Aku akan membalas satu keburukan dengan satu keburukan dan satu kebaikan akan Aku balas dengan sepuluh kali ganda sesuai dengan apa yang Aku kehendaki”. Nabi Adam as. memohon lagi dengan doanya, “Ya Tuhanku, berilah tambahan kepadaku”. Allah s.w.t. berfirman, “Sesungguhnya pintu taubat selalu terbuka, selagi nyawa masih berada di jasad.”
Kemudian Iblis pula meminta, “Ya Tuhanku, manusia (Adam) ini telah Engkau muliakan di atasku. Kalau Engkau tidak memperhatikannya, aku tidak akan kuat menghadapinya.” Allah berfirman, “Tidak akan dilahirkan seorang anak daripadanya kecuali dilahirkan pula seorang anak dari kaum kamu.” Iblis berkata lagi, “Ya Tuhanku, berilah tambahan kepadaku.” Allah s.w.t. berfirman, “Kamu dapat berjalan-jalan di tubuh mereka seperti mengalirnya darah dan kamu dapat membuat hati mereka sebagai rumah untuk kamu.”
Iblis meminta lagi, “Ya Tuhanku, berilah tambahan kepadaku.” Kemudian Allah pun berfirman: “Dan kerahlah terhadap mereka pasukan berkuda dan pasukanmu yang berjalan kaki dan bersyarikatlah (menyatulah) dengan mereka pada harta dan anak-anak dan berilah janji mereka. Dan tidak ada yang dijanjikan oleh syaitan kepada mereka melainkan tipu belaka.” (Al-Isra’:64).
http://lading-emas.blogspot.com/2009/11/qarin-jin-qarin-malaikat.html

No comments:
Post a Comment