Thursday, July 25, 2013

Bala Tentera Allah SWT

serenemaklong.blogspot.com


Langit, Tanah, Air dan segala yang ada di dalamnya, Matahari serta Tenaga Alam yang statik dan kinetik adalah makhluk ciptaan Allah SWT yang sentiasa bertasbih kepadaNya. Manusia, ciptaan Allah SWT paling sempurna juga patut bertasbih dan tawaduk kepadaNya. Elakkan diri daripada serangan dahsyat tentera Allah SWT. 

ALLAH SWT mempunyai bala tentera besar yang sentiasa bersiap siaga untuk menjalankan apa jua perintahNya. Antara tentera Allah SWT ialah: 

1)
Sujaul Aqra - Ular dari neraka yang menyeksa hamba yang tidak solat. Lebarnya sebesar tengkuk unta dan panjangnya sebulan perjalanan.

2)
Huraisy - Kala Jengking dari neraka yang panjangnya sejarak antara langit dan bumi, lebarnya dari timur hingga ke barat.
Apabila ia keluar maka malaikat Jibril a.s berkata, "Wahai Huraisy, kamu hendak ke mana dan kamu hendak mencari siapa?"
Lalu berkata Huraisy: "Aku mencari lima jenis orang."

- Orang yang tidak mengerjakan solat.
- Orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat.
- Orang yang mendurhakai kedua orang tuanya.
- Orang yang suka minum arak.
- Orang yang sangat suka bercakap-cakap dalam masjid hal dunia. 

3)
Malaikat Zabaniah - tentera Allah sangat gagah dan bengis yang ditugaskan menyeksa umat manusia di neraka. Khilaf berpendapat bahawa bilangan Malaikat adalah 19 dan pendapat yang lain mengatakan bilangan malaikat Zabaniah adalah 70,000. Malaikat Zabaniah juga antara yang ditugaskan menghukum dan memukul Iblis dengan rantai dari neraka.

4)
Hamalatul Arsy - 4 malaikat penanggung Arasy. Ada pendapat mengatakan bilangannya bertambah kepada 8 malaikat di hari kiamat kelak.
 
Malaikat adalah makhluk Allah SWT paling besar.

- Dalam peristiwa Israk dan Mikraj Rasulullah saw menyaksikan  rupa asal para malaikat iaitu Malaikat Jibril, Mikail dan Hamalatul Arsy. Semua malaikat memiliki sayap.

a. Satu sayap Jibril seluas permukaan bumi, pendapat kedua mengatakan satu sayapnya seluas langit pertama. Malaikat Jibril punyai 600 sayap.
b. Satu sayap Mikail seluas 600 sayap Jibril. Mikail mempunyai 1000 sayap.
c. Satu sayap Hamalatul Arsy seluas 1000 sayap Mikail. Malaikat penanggung Arasy ini mempunyai 1000 sayap.

5)
Ababil - burung dari neraka. Bila tentera burung itu tiba, di langit bagai ada awan hitam besar yang datang menutup bumi dengan laju. 

Surat Al-Fil menceritakan tentera bergajah yang menyerang kota Makkah pada tahun kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Kitab At-Tafsiru Kabir karya Fahru razy menjelaskan, nama pemimpin pasukan itu adalah Abrahah bin As-Shabah Al-Ashrami, raja Yaman. Tujuannya ingin meruntuhkan Kaabah dan mengalihkan pusat peribadatan haji orang-orang Arab ke kuil besar bernama Al-Qulais yang baru dibangunkan di Sanaa. 9 atau 12 ekor gajah ikut serta dalam penyerangan,terbesar bernama Mahmud. Namun rancangan itu gagal kerana burung-burung Ababil melemparkan pasukan tersebut dengan batu sehingga mereka semuanya  binasa.

Tentera Ababil membawa tiga ketul batu terbakar, satu di paruh dan dua di kaki. Ada pendapat lain mengatakan bahawa batu-batu itu dari neraka. Mereka melemparkan batu berapi itu ke arah pasukan bergajah yang mahu meruntuhkan Kaabah. Yang terkena batu dari arah kepalanya, akan terus keluar dari duburnya. Yang terkena dari depan, batu itu keluar dari punggungnya. Akibatnya,tubuh gajah dan orang-orang itu berlubang seperti daun yang dimakan ulat.
 




No comments:

Post a Comment