Tuesday, July 16, 2013

Hakikat Ayah

serenemaklong.blogspot.com





MUNGKIN ibu lebih kerap menelefon untuk menanyakan keadaan anak, tetapi sebenarnya ayah yang mengingatkan ibu supaya membuat panggilan itu. Ayah selalu berkata," Telefonlah anak kita tu, tanya macam mana hal dia."

Semasa kecil, ibu lebih sering mendukung anak.Tetapi sebaik saja ayah pulang kerja dengan wajah yang letih ayah selalu bertanya apa yang anak-anak lakukan seharian.

Saat sakit atau demam, ayah sering membentak "kan ayah dah kata jangan main hujan? Kan ayah dah bagi tau jangan minum air sejuk? Tahu tak ayah sangat risau ni?”

Ketika remaja, anak meminta izin untuk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "Tidak boleh!" Sebenarnya ayah hanya ingin menjaga keselamatan anaknya kerana bagi ayah, anak sangat berharga.

Bila anak sudah boleh dipercayai, ayah melonggarkan peraturannya. Kalau kepercayaannya dilanggar, ayahlah yang setia menunggu sambil tawaf di ruang tamu dengan perasaan sangat risau. Bila  
ayah marah, dia tidak mahu apa-apa terjadi pada anaknya bila keluar lewat malam.

Setelah dewasa, ayah berusah payah menghantar anaknya ke sekolah atau kolej. Di saat anak minta macam-macam keperluan untuk kuliah, ayah hanya mengerutkan dahi. Tanpa menolak, beliau memenuhinya.


Saat anak berjaya, ayah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan. Ayah tersenyum bangga. Walaupun kadang-kadang ayah macam buat tidak tahu tetapi sebaik anak berlaku ayah ceritakan kekagumannya mengenai pada ibu.

Ketika jodoh anak datang dan meminta izin untuk mengambilnya daripada ayah, ayah sangat berhati-hati mengizinkannya. Saat ayah melihat anak duduk di pelaminan bersama pasangan, ayah tersenyum bahagia. Anak tidak tahu ayah sempat pergi ke belakang dan menangis kerana kegembiraan. Dia berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dengan baik. Bahagiakanlah putera puteriku yang manis bersama pasangannya."

Bila anak sudah mendapat zuriat, ayah menunggu kedatangan anaknya bersama cucu-cucu yang datang menjenguk sekali sekala. Dengan rambut memutih dan badan tidak lagi kuat dia melayan cucu-cucu itu. 

Itulah pengorbanan seorang ayah. Apakah kita masih belum sedar? Masih memandang kemarahan ayah itu sebagai alasan untuk kita bencikan dia? Percayalah, dia paling rindukan kita walaupun kerinduan ibu lebih menyerlah. Kita cium pipi ibu, ayah hanya tersenyum melihat. Sebenarnya ayah juga layak mendapat ciuman yang sama. Ingatkah semasa kecil dulu, ayah mendukung dan mencium kita?

(Dakwah Bersama Ulama)

No comments:

Post a Comment