PERASAN TAK?...Duit RM50 kelihatan begitu besar
bila dibawa ke kotak derma masjid, tetapi begitu kecil bila dibawa ke StarHill,
MegaMall dan seangkatan dengannya...
PERASAN TAK?...60 minit terasa begitu lama untuk mendengar kuliah, tetapi
begitu pendek untuk menonton drama di televisyen...
PERASAN TAK?...Betapa lamanya 2 jam berada di
masjid, tetapi betapa cepatnya 2 jam ketika menonton wayang dan pertunjukan di panggung...
PERASAN TAK?...Susah sungguh merangkai kata untuk
dipanjatkan doa ketika solat, tetapi betapa mudahnya cari bahan bersembang bila
bertemu kawan-kawan...
PERASAN TAK?...Betapa seronoknya mendengar seruan
dan teriakan yang berpanjangan waktu perlawanan bola sepak, tetapi betapa
bosannya bila imam solat terawih bulan Ramadhan lama dan panjang...
PERASAN TAK?...Susah sangat baca Al-Quran 1 juzuk
saja, tetapi majalah hiburan dan novel best seller 100 halaman pun habis
ditelaah...
PERASAN TAK?...Orang berebut tempat di depan untuk
menonton bola dan konsert, tetapi berebut saf paling belakang bila solat Jumaat
supaya boleh cepat keluar....
Peringatan untuk diri.. Perasanlah bahawa pesanan
ini untuk diri kita sebelum kita terbayangkan rakan kita yang lain..
No comments:
Post a Comment