Wednesday, July 17, 2013

Kebaikan Cili

serenemaklong.blogspot.com




ANTARA kebaikan memakan cili adalah:

1. Melancarkan pernafasan
Makanan pedas bertindak seperti ubat untuk mereka yang mempunyai masalah pernafasan dan membantu pesakit asma, bronkitis kronik, sinusitis dan penyakit pernafasan lain agar bernafas lebih baik.

2. Menjaga mood

Makanan pedas boleh meningkatkan penghasilan hormon serotonin yang memberi rasa ketenangan dan membantu mengurangkan kemurungan dan ketegangan perasaan.

3. Mencegah Kanser
Banyak penelitian menunjukkan kuantiti teratur makanan pedas akan mengurangi risiko kanser. Capsaicin dalam cili dapat menyebabkan rasa panas, terbakar bila terkena kulit,  melambatkan pertumbuhan sel kanser dan pada banyak kes sel-sel kanser mati tanpa merosakkan sel di sekitarnya.

Menurut American Association for Cancer Research, capsaicin juga mampu membunuh beberapa sel kanser dan lekiumia. Kunyit yang dijadikan bahan dalam kari dan mustard pula boleh melambatkan proses penyebaran kanser dan pertumbuhan tumor. Untuk memberikan hasil maksimum, campurkan dengan lada hitam untuk menyerap kunyit 2.000 peratus lebih banyak.




4. Memperbaiki fungsi penghadaman
Cili dalam saluran penghadaman dapat meningkatkan aliran darah dan menambah lapisan mukus. Capsaicin juga membantu membunuh bakteri H.pylori, penyebab penyakit gastrik.

Akan tetapi jika mengalami heartburn (pedih hati) setelah makan makanan pedas, cubalah tablet antasid yang akan meneutralkan asid perut.

5. Menghilangkan Gejala Selsema
Capsaicin membantu meningkatkan pengeluaran peluh dan menghilangkan gejala selesema yang mengganggu. Makanan pedas juga membantu membuka pernafasan, mengurangkan radang pada saluran pernafasan dan gejala selesema yang lain.

6. Menyihatkan jantung
Cili menyihatkan jantung dengan cara mencegah pembekuan darah. Pemerhatian juga menunjukkan kadar kolesterol yang tidak baik (LDL) boleh mencegah pengoksidaan yang akan menyebabkan pembuluh darah tersumbat.

Capsaicin berkesan melawan keradangan, faktor risiko penyakit jantung. Hasil kajian juga menunjukkan, budaya makan makanan pedas menyebabkan insiden serangan jantung dan strok menjadi lebih rendah.

Alasannya, cili merah boleh mengurangkan kesan dari kolesterol yang berat, sedangkan capsaicin pula boleh melawan keradangan. Kedua-duanya merupakan faktor risiko untuk masalah jantung.

7. Turunkan berat badan
Capsaicin memiliki kesan termogenik yang boleh menyebabkan tubuh membakar kalori ketika mengunyah selama 20 minit. Ia yang akan mempercepat metabolisme dan membantu tubuh membakar kalori lebih cepat. Hal ini terjadi kerana capsaisin meningkatkan suhu tubuh dan berperanan dalam meningkatkan denyutan jantung.

8. Menurunkan tekanan darah
Vitamin A dan C mampu menguatkan dinding otot jantung, sementara panas dari lada meningkatkan aliran darah ke seluruh tubuh. Kombinasi ini boleh menghasilkan sistem kardiovaskular yang lebih kuat dan menurunkan tekanan darah.


 

No comments:

Post a Comment