serenemaklong.blogspot.com
PENGASAS Syiah,
Abdullah bin Saba, seorang Yahudi berasal dari
Yaman, hidup di abad ketujuh yang menetap di Madinah dan memeluk Islam, namun
keislamannya sangat dipersoalkan.
Kerana kritikannya ke atas pentadbiran Khalifah Uthman, Abdullah telah dibuang dari kota Madinah. Dia pergi ke Mesir dan mendirikan sebuah pusat anti-Uthman serta mempromosikan kepentingan Ali. Dia tahu Ali berpengaruh besar di situ, tambahan pula Ali adalah anak saudara Rasulullah saw. Padahal, Ali sendiri yang mengusirnya ke Madain.

Setelah Ali wafat, Abdullah bin Saba terus-menerus memarakkan cerita bahawa Ali masih hidup, tidak pernah terbunuh. Dia menyebarkan khabar tentang sifat ketuhanan yang dikatakannya ada pada Ali, dan bahawa selepas waktu tertentu Ali akan kembali memerintah bumi dengan adil.
Abdullah bin Saba memainkan peranan penting dalam konspirasi Yahudi hendak memusnahkan Islam dari dalam dengan rancangan menghapuskan hal-hal keyakinan Islam yang murni. Inilah manifestasi bidaah dalam ajaran Syiah yang kita saksikan selama berabad-abad ini.
Syiah menghina agama Islam dan menganggap Islam itu musuh nombor satu. Dalam alaf ini kita melihat mereka bekerjasama dengan Yahudi dan Nasrani dalam menghancurkan Iraq serta Afghanistan. Sejak dari dahulu pun Syiah secara senyap-senyap menikam Islam dari belakang. Iran berpura-pura anti-Israel dan Amerika, sedangkan itu hanya lakonan dan retorik belaka.
Orang Syiah selalu mengagungkan Ali melebihi Rasulullah s.a.w
sendiri. Ali yang mereka sanjung itu sebenarnya pembela kehormatan Islam dan
umat Islam, dan tidak pernah bekerjasama dengan musuh Islam, apatah lagi
menumpahkan darah dan merampas kekayaan Muslim. Fikirkanlah dengan waras,
patutkah ahli Sunnah berpaling daripada ajaran yang benar dan mendukung ajaran Syiah
yang sesat itu?
(Sumber: sa/islampos/alqimmah/jewishencyclopedia)
(Sumber: sa/islampos/alqimmah/jewishencyclopedia)
No comments:
Post a Comment