Monday, July 8, 2013

Panduan Mandi Hadas

serenemaklong.blogspot.com






MANDI wajib mudah disebut tetapi Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak tahu mengenai perkara ini.

Mandi wajib yang betul tidak boleh dilakukan dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua-dua keadaan bagi membolehkan air diratakan ke seluruh anggota badan yang zahir. Tanpa diratakan dengan baik,  mandi majib itu menjadi tidak sah. Akibatnya ibadat yang dilakukan  juga turut tidak sah.

Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat, kedua, menghilangkan najis di badan, ketiga, meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir. Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana-mana bahagian anggota badan. Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah satu anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang kedua, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan, menurut Imam Nawawi, jika ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Rukun mandi wajib yang ketiga iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu-bulu yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu-bulu dalam lubang hidung pula tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu di dalam hidung bernajis, ia wajib dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yang boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajib dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Rambut seseorang yang diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajibnya tidak sah. Inai akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang sampai ke rambut.

Jika dia hendak mandi wajib, pewarna pada rambut mesti dibuang terlebih dahulu. Inilah yang rumit kerana ia sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, solat dan mandi wajib adalah berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yang berbeza.

Mengenai sebab-sebab wajib mandi wajib pula, terdiri daripada enam. Tiga sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala tiga sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak (wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana-mana dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik. Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadah.

Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok-eloknya ambillah wuduk sebelum tidur kerana itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Panduan Tambahan :

Agar wajah selalu segar, berseri dan cantik, cucilah minimum 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, solat, berzikir, dan berdoa.

Untuk menghilangkan stres, perbanyaklah solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan zikir dan doa.

Untuk melembab agar awet muda, selalulah senyum. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlakku). (HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).

Untuk bibir cantik, bisikkan kalimah Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyakkan sayuran, buah-buahan, dan air kosong.

Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Rahsia solat
Niat Solat  - memeliharakan taubat dunia dan akhirat.
Berdiri Betul - ketika mati dapat meluaskan tempat di dalam kubur.
Takbir-ratul Ihram – menjadi pelita yang menerangi di dalam kubur.
Fatihah - pakaian yang indah di dalam kubur.
Rukuk - sebagai tikar di dalam kubur.
I’tidal - akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
Sujud - memagar kita ketika menyeberangi titian Siratul Mustaqim.
Duduk antara 2 Sujud  - akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
Duduk antara 2 Sujud (akhir) - menjadi kenderaan ketika di padang Mahsyar.
Tahiyat Akhir - sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
Selawat Nabi  - sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
Salam - memelihara kita di dalam kubur.
Tertib - akan mempertemukan kita dengan Allah S.W.T.



No comments:

Post a Comment