serenemaklong.blogspot.com
BILA
surau atau masjid buat solat terawih 20 rakaat dengan menghabiskan 1 juzuk satu
malam, majoriti makmum tidak faham apa maksud ayat-ayat Al Quran yang
dibacakan.
Bila surau atau masjid buat 8 rakaat terawih yang diselangi dengan pengisian
tazkirah pada 4 rakaat pertama, makmum berbondong-bondong balik.
Bila surau atau masjid buat 8 rakaat diikuti dengan tazkirah pada penutupnya,
makmum berbondong-bondong balik sebelum selesai tazkirah.
Di hari Jumaat ketika khutbah Jumaat, makmum tunduk
tersengguk-sengguk mengiyakan khutbah yang disampaikan. Bila balik ke rumah,
tajuk khutbah pun antara ingat tidak ingat.
Di hari selain bulan Ramadan, kuliah-kuliah malam
hanya dihadiri oleh golongan pencen, manakala banyak golongan bekerja tidak
hadir atas alasan kerja overtime atau rehat disebabkan kepenatan
ekoran pulang lewat.
Waktu bilakah kita mahu memahami Al Quran? Ambillah
kesempatan pada Ramadan ini kerana bulan
ini juga dikenali sebagai bulan Al Quran.
No comments:
Post a Comment