serenemaklong.blogspot.com
BILA kita solat 5 kali sehari
dan 17 rakaat, maka telah berlaku 34 kali Sujud. Banyak hikmah yang terkandung
di dalamnya.
Menurut seorang ahli Sains saraf otak Amerika, Dr. Fidelma O’leary, beberapa saraf dalam otak manusia tidak boleh dialiri oleh darah dari jantung kerana posisi jantung yang berada di dada tidak cukup kuat untuk mengepamnya ke otak manusia, padahal otak amat memerlukan oksigen dan bekalan darah yang mencukupi untuk berfungsi secara normal.

Kajian beliau mengambil masa yang lama untuk mencari
jawapannya. Akhirnya jawapan diperolehi iaitu darah boleh mengalir setiap inci
ke otak manusia secara sempurna ketika melakukan sujud, seperti yang dilakukan
oleh orang Islam dalam solat. Bila otak disegarkan dengan bekalan darah dan oksigen yang mencukupi,
pelbagai penyakit seperti stres, migrain, strok dapat dihindarkan, di samping menguatkan
mentaliti. Kesannya lebih besar ketika sujud pada waktu solat Subuh. Sujud juga
boleh membaiki posisi anak dalam kandungan rahim.
Penemuan ini sungguh mengagumkannya sehingga beliau memeluk Islam. Sebenarnya:-
1. Sujud Pertama tanda Taat (Perintah Allah)
2. Sujud Kedua tanda Syukur (Hamba kepada Allah)
Dalam khutbah Ramadhan Nabi s.a.w bersabda:,
Punggung-punggung kalian sudah berat menanggung dosa-dosa kalian. Ringankan beban kalian dengan memperbanyakkan sujud.
Hendaklah kamu bersujud kepada Allah kerana sesungguhnya tiada sekali engkau bersujud melainkan dengannya Allah mengangkat satu darjat dan menghapuskan satu dosa (kesalahan) darimu. (HR Muslim)
Firman Allah SWT yang bermaksud:-
Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar. (Surah Al-Ankabut ayat:45)
Dari Sudut Tasawuf, sujud adalah waktu di mana seorang hamba itu paling hampir dengan Penciptanya. Pergerakan sujud itu secara zahirnya menunjukkan “rasa hina diri” seseorang hamba itu di depan Tuhannya di dalam keadaan menyerah diri, pasrah, berikrar dan mengaku bahawa “Ya Allah, hanya Engkaulah Tuhan yang layak disembah, ditakuti, dicintai dan hanya pada-Mu sahajalah tempat berserah dan memohon pertolongan”.
Seorang sahabat Nabi SAW iaitu Huzaifah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, “Tiadalah keadaan seorang hamba yang paling disukai oleh Allah daripada Dia melihat hamba-Nya itu di dalam keadaan bersujud, dengan meletakkan mukanya di tanah
( sebagai tamsilan tunduk, pasrah dan rasa hina seorang hamba kepada Allah). (Hadis Riwayat Imam Tabrani).
Firman Allah SWT yang bermaksud: Sesungguhnya orang-orang yang beriman dengan ayat Kami ialah orang yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat Kami mereka menyungkur sujud dan bertasbih serta memuji Tuhan dan mereka tidak menyombongkan diri - (Surah As-Sajadah ayat 15).
Sujud bererti seseorang itu telah meletakkan wajahnya di tempat yang paling rendah di atas tanah, bermakna dia meletakkan seluruh dirinya di atas tanah, mengingatkan dirinya terhadap asal-usul kejadian manusia itu dari tanah dan mengembalikan dirinya kepada tanah. Apabila ia telah sanggup menghantar dahinya dan juga dirinya ke tempat yang hina maka tidak mungkin ia akan bersikap sombong lagi terhadap Allah yang menciptakan dia dari tanah itu.
Maka setiap kali sujud sewajarnya seseorang itu sentiasa mengingati akan mati. Apabila ingat mati maka terasa seolah-olah solat itu adalah solat terakhir kerana dia akan menghantarkan dirinya ke tanah. Dia merasakan bahawa setiap kali sujud seolah-olah dia tidak akan bangun lagi, sedangkan kematian itu merupakan pintu bagi seseorang memasuki gerbang akhirat.
Dalam keadaan demikian maka hati akan merasa gerun akan kebesaran Allah dan ketika itulah dia membaharui lagi di dalam hatinya untuk mensucikan Zat Allah Yang Maha Tinggi sambil lidah mengucapkan, “Subhana Rabbial A’la wa-Bihamdih”.
Solat menyempurna dan memberi kebaikan kepada Hambanya, zahir dan batin. Bila sempurnakan hak Allah (solat) disempurnakan, Dia akan menyempurnakan hak kita sebagai hamba (hikmah dan kebaikan). Inilah konsep GIVE AND TAKE.

No comments:
Post a Comment