Wednesday, July 31, 2013

Soalan Buat Mursi






[Oleh wartawan Mahmud Murad untuk Dr Muhammad Mursi]

Saudaraku yang mulia, Dr Muhammad Mursi,

Aku ingin tahu apakah hubungan antara engkau dengan Tuhanmu sehingga Dia memikul bagi pihakmu kerisauanmu dalam memerintah dan Dia biarkan engkau mengisi masamu sepenuhnya di dalam bulanNya yang agung ini untuk beribadah kepadaNya, dan Dia menyibukkan kami semua tentang dirimu?

Apakah hubungan antara engkau dengan Tuhanmu sehingga semua doa dari seluruh umat Islam di semua tempat ditujukan untuk kemenanganmu, menyokongmu dan mengharap kejayaanmu?

Apakah hubungan antara engkau dengan Tuhanmu sehingga engkau menjadi harapan golongan yang tertindas di Suria, di Palestin dan lain-lain supaya mereka dapat hidup mulia dan merdeka?

Apakah hubungan antara engkau dengan Tuhanmu sehingga seluruh kekuatan jahat bersatu untuk menyingkirkanmu dari memerintah Mesir?

Apakah hubungan antara engkau dengan Tuhanmu sehingga engkau bertukar kedudukan daripada hanya seorang profesor di sebuah universiti di Zaqaziq dan menjadi lambang manusia yang merdeka di semua tempat di dunia ini.

Ya Allah, sekiranya Engkau Mengetahui bahawa hambaMu Muhammad Mursi tidak menggunakan apa yang Engkau anugerahkan kepadanya, kerajaan dan kekuasaan untuk menzalimi seseorang dari kalangan makhlukMu, maka wahai Tuhanku, janganlah Engkau biarkan dia dikuasai oleh sesiapapun. Janganlah Engkau serahkan dia kepada seseorangpun. Peliharalah dia dengan pemeliharaanMu. Lindungilah dia dengan perlindunganMu. Takdirkanlah untuknya dan untuk kami kebaikan di mana jua kami berada.

A.A.E

Terjemahan oleh : Ustazah Maznah Daud
Sumber : ألتراس نهضاوى (قوتنا فى وحدتنا)
#mesirkini


Ulama Sunni Masa Kini

serenemaklong.blogspot.com





KENALI Ulama-ulama Ahlussunnah Waljamaah

Atas Dari kiri:

Habib Umar Al-Hafiz (Yaman),
Syeikh Afeefuddin Al-Jilani (Iraq), 
Syeikh Hamzah Yusuf (Amerika Syarikat), 
Syeikh Muhammad Nuruddin Al-Banjari Al-Makki (Indonesia), 
Syeikh Muhammad Fuad Ibn Kamaludin Al-Maliki (Malaysia), 
Habib Hassan Al-Attas (Singapura), 
Habib Ali Zainal Abidin Ibn Abdul Rahman Al-Jufri (Yaman), 
Syeikh Sayyid Ahmad Ibn Muhammad Ibn Alawi Al-Maliki (Mekah).

Bawah Dari Kiri:
Prof Al-Muhaddis As-Sayyid Muhammad Alawi Al-Maliki Al-Hasani( Mekah )
Al-Muhaddis Syeikh Muhammad Ibn Ibrahim Al-Kattani (Mesir)
Al-Arif Billah Syeikh Dr. Yusof Ibn Mahyuddin Al-Bakhor (Lubnan)
Al-Allamah Syeikh Prof. Dr. Abdul Razak Al-Sa'adiy (Iraq)
Syeikh Ali Jumaah (Mesir)
Al-Muhaddis Syeikh Dr. Mahmud Said Ibn Muhammad Mamduh (Mesir)
Sultan Al-Ulama' Al-Habib Salim Ibn Abdullah Ibn Umar As-Syatiri (Yaman)
Al-Arif Billah Al-Habib Abdul Qadir Ibn Ahmad As-Seggaf (Yaman)

Kuasa Sujud

serenemaklong.blogspot.com







BILA kita solat 5 kali sehari dan 17 rakaat, maka telah berlaku 34 kali Sujud. Banyak hikmah yang terkandung di dalamnya.

Menurut seorang ahli Sains saraf otak Amerika, Dr. Fidelma O’leary, beberapa saraf dalam otak manusia tidak boleh dialiri oleh darah dari jantung kerana posisi jantung yang berada di dada tidak cukup kuat untuk mengepamnya ke otak manusia, padahal otak amat memerlukan oksigen dan bekalan darah yang mencukupi untuk berfungsi secara normal.


Kajian beliau mengambil masa yang lama untuk mencari jawapannya. Akhirnya jawapan diperolehi iaitu darah boleh mengalir setiap inci ke otak manusia secara sempurna ketika melakukan sujud, seperti yang dilakukan oleh orang Islam dalam solat. Bila otak disegarkan dengan  bekalan darah dan oksigen yang mencukupi, pelbagai penyakit seperti stres, migrain, strok dapat dihindarkan, di samping menguatkan mentaliti. Kesannya lebih besar ketika sujud pada waktu solat Subuh. Sujud juga boleh membaiki posisi anak dalam kandungan rahim.

Penemuan ini sungguh mengagumkannya sehingga beliau memeluk Islam. Sebenarnya:-

1. Sujud Pertama tanda Taat (Perintah Allah)
2. Sujud Kedua tanda Syukur (Hamba kepada Allah)

Dalam khutbah Ramadhan Nabi s.a.w bersabda:,
Punggung-punggung kalian sudah berat menanggung dosa-dosa kalian. Ringankan beban kalian dengan memperbanyakkan sujud.
Hendaklah kamu bersujud kepada Allah kerana sesungguhnya tiada sekali engkau bersujud melainkan dengannya Allah mengangkat satu darjat dan menghapuskan satu dosa (kesalahan) darimu.
(HR Muslim) 

Firman Allah SWT yang bermaksud:-
Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar. (Surah Al-Ankabut ayat:45) 

Dari Sudut Tasawuf, sujud adalah waktu di mana seorang hamba itu paling hampir dengan Penciptanya. Pergerakan sujud itu secara zahirnya menunjukkan “rasa hina diri” seseorang hamba itu di depan Tuhannya di dalam keadaan menyerah diri, pasrah, berikrar dan mengaku bahawa “Ya Allah, hanya Engkaulah Tuhan yang layak disembah, ditakuti, dicintai dan hanya pada-Mu sahajalah tempat berserah dan memohon pertolongan”.

Seorang sahabat Nabi SAW iaitu Huzaifah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, “Tiadalah keadaan seorang hamba yang paling disukai oleh Allah daripada Dia melihat hamba-Nya itu di dalam keadaan bersujud, dengan meletakkan mukanya di tanah
( sebagai tamsilan tunduk, pasrah dan rasa hina seorang hamba kepada Allah).  (Hadis Riwayat Imam Tabrani).

Firman Allah SWT yang bermaksud: Sesungguhnya orang-orang yang beriman dengan ayat Kami ialah orang yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat Kami mereka menyungkur sujud dan bertasbih serta memuji Tuhan dan mereka tidak menyombongkan diri - (Surah As-Sajadah ayat 15).

Sujud bererti seseorang itu telah meletakkan wajahnya di tempat yang paling rendah di atas tanah, bermakna dia meletakkan seluruh dirinya di atas tanah, mengingatkan dirinya terhadap asal-usul kejadian manusia itu dari tanah dan mengembalikan dirinya kepada tanah. Apabila ia telah sanggup menghantar dahinya dan juga dirinya ke tempat yang hina maka tidak mungkin ia akan bersikap sombong lagi terhadap Allah yang menciptakan dia dari tanah itu.

Maka setiap kali sujud sewajarnya seseorang itu sentiasa mengingati akan mati. Apabila ingat mati maka terasa seolah-olah solat itu adalah solat terakhir kerana dia akan menghantarkan dirinya ke tanah. Dia merasakan bahawa setiap kali sujud seolah-olah dia tidak akan bangun lagi, sedangkan kematian itu merupakan pintu bagi seseorang memasuki gerbang akhirat.

Dalam keadaan demikian maka hati akan merasa gerun akan  kebesaran Allah dan ketika itulah dia membaharui lagi di dalam hatinya untuk mensucikan Zat Allah Yang Maha Tinggi sambil lidah  mengucapkan, “Subhana Rabbial A’la wa-Bihamdih”.

Solat menyempurna dan memberi kebaikan kepada Hambanya, zahir dan batin. Bila sempurnakan hak Allah (solat) disempurnakan, Dia akan menyempurnakan hak kita sebagai hamba (hikmah dan kebaikan). Inilah konsep GIVE AND TAKE.    

Khasiat Surah Al Waqiah

serenemaklong.blogspot.com








KHASIAT Surah Al-Waqiah adalah seperti berikut:

1.Amalan terbaik bagi wanita dan gadis sebagai pemelihara dan pelindung diri dari kemudaratan dan kemiskinan. Kelebihan surah ini dinyata dalam pesanan Uthman bin Affan kepada Abdullah yang sedang sakit tenat.

Uthman berkata: " Ini untuk anak-anak perempuan kamu selepas ketiadaan kamu”.


Abdullah menjawab, “Adakah kamu takut anak-anak perempuanku menjadi miskin? Sesungguhnya saya perintahkan mereka membaca surah Al-Waqiah tiap-tiap malam. Sesungguhnya saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa membaca surah Al-Waqiah tidak akan jadi miskin selama-lamanya."

2. Jika dibaca sebagai wirid, dengan izin Allah akan beroleh kesenangan dan kemudahan selama-lamanya.

3. Orang yang membacanya setiap malam satu kali, maka dia akan terhindar dari kemiskinan.

4. Jika dibaca di sisi jenazah atau orang yang sedang nazak, In Sya Allah dipermudahkan rohnya keluar dari jasad.Jika dibaca di sisi orang sakit, In Sya Allah diringankan kesakitannya. Boleh juga dibaca kepada wanita yang hendak bersalin sebagai selusuh.

In Sya Allah dengan mengamalkan surah al-Waqiah setiap hari, hidup akan sentiasa dimurahkan rezeki dan dilimpahi kebahagiaan di dunia dan akhirat. Dengan izin Allah rezeki yang melimpah ruah dapat digunakan untuk melaksanakan amal jariah dan meringankan beban golongan kurang bernasib baik.

Pun begitu, amalan membaca surah ini jangan hanya kerana  kekayaan dan kemewahan semata-mata. Sebaliknya bacalah ia dengan hati ikhlas demi mengejar keredhaan, beserta niat bahawa apabila dimurahkan rezeki kelak, amal ibadah dan jariah akan pertingkatkan. In Sya Allah doa akan dimakbulkan.




Doa Perlindungan Anak-Anak

serenemaklong.blogspot.com



Tuesday, July 30, 2013

Bapa Borek Anak Rintik

serenemaklong.blogspot.com




HAFIZ Assad (bapa Bashar Assad) merupakan penzalim Syiah yang pertama di Syria. Hafiz Assad memerintah rakyatnya dengan cara yang kejam dan kuku besi, mengorbankan lebih 40,000 Muslim Sunni di Hama dan Halab dalam revolusi Syria pertama menentang Syiah pada tahun 1982.

Hafiz Assad menggunakan kereta kebal memasuki masjid semasa rakyat sedang bersolat dan merogol wanita-wanita yang berada di dalam masjid di hadapan khalayak ramai. Sama seperti perbuatan darah dagingnya Bashar Assad pada hari ini, Bezanya pada 1980an mereka tidak mempunyai FACEBOOK!

Hafiz Assad adalah manusia pertama mengisytiharkan dirinya sebagai tuhan di Syria. Hafiz Assad memaksa rakyat Syria melafazkan dan menerima bahawa dialah tuhan. Selama lebih 30 tahun di bawah pemerintahannya, dalam setiap buku kanak-kanak di Syria yang diterbitkan menyatakan bahawa Hafiz Assad adalah tuhan. Pada hari kematiannya, semua rakyat Syria yang selama ini mengaku bahawa Hafiz Assad adalah tuhan menjadi sangat terkejut dan  menafikan berita kematian itu. Mereka yakin Hafiz Assad sebagai tuhan tidak mungkin akan mati!

Hafiz Assad memaksa rakyatnya menjulang namanya “Hafiz  Assad Dewa Kekal Syria”. Hakikatnya “Tuhan” ini sedang berada di dalam  tanah sekarang, dan dimakan cacing!

Hari kematian Hafiz Assad merupakan hari yang paling gembira di Syria. Rakyat menyambut hari kematian beliau dengan menari-nari di jalan dan membaling lebih 3000 status (Sanam) beg sampah.

Hari kematian Hafiz Assad juga merupakan hari yang sangat menggembirakan semua umat Islam tetapi hari sangat hitam bagi Israel dan Amerika Syarikat. Terdapat satu gambar yang sangat terkenal di mana Bill Clinton menangis apabila menerima berita kematian sekutunya, Syiah Hafiz Assad.

Israel memindahkan tenteranya ke sempadan Syria kerana bimbang presiden baru tidak akan memudahkan Israel melindungi sempadannya dengan selamat seperti Hafiz Assad. Macam mana mereka hendak mencari pemimpin yang lebih baik? Hafiz Assad  menyerahkan tanah Syria iaitu Jolan Heights secara percuma. Sebagai balasan Israel membenarkan Hafiz Assad memegang jawatan sehingga hari kematiannya pada 10 Jun 2000.


Friday, July 26, 2013

Teknik Baru Curi Kereta

serenemaklong.blogspot.com




MINGGU lalu, kereta seorang wanita telah dicuri di tempat yang sangat sibuk berhampiran Jaya Jusco di Mahkota Cheras, Kuala Lumpur. Kejadian patut dikongsi bersama
supaya kita dapat mengurangkan peluang kepada pencuri kereta.

Selepas meletakkan kereta di tepi jalan di luar Jusco, wanita tersebut mendapati bahawa dia tidak berjaya  mengunci keretanya dengan alat kawalan jauh (remote). Beliau alat kawalan jauh tersebut telah kehabisan bateri atau rosak, lalu beliau hanya menggunakan kunci biasa untuk mengunci keretanya secara manual. Beliau kemudian pergi untuk membeli beberapa barangan runcit.

Apabila dia kembali kira-kira 30 minit kemudian, didapati keretanya telah hilang. Di balai polis dan juga di agensi insurans, beliau telah diberitahu bahawa terdapat beberapa sindiket mencuri kereta yang menggunakan peranti elektronik ‘klip’ frekuensi alat kawalan jauh kereta (car remote’s frequency clipping). Alat ini boleh mengesan
frekuensi remote kereta semasa ia digunakan untuk mengunci kereta.

Kesan dari operasi ‘clipping’ oleh pencuri kereta ini,  pemilik kenderaan tidak dapat mengunci kereta dengan alat kawalan jauh. Jadi pemilik kereta akan menguncinya secara manual.

Sebaik sahaja pencuri ini memperolehi frekuensi alat kawalan jauh kereta, mereka akan mencuri kereta apabila anda berada jauh dari kereta anda.


Pengajaran untuk masa depan apabila anda tidak dapat mengunci kereta anda dengan alat kawalan jauh, kemungkinan tinggi seseorang berdekatan telah mensasarkan kereta anda. Jadi dinasihatkan supaya jangan  meletak kenderaan di tempat tersebut dan beredarlah dari situ.

Thursday, July 25, 2013

Militia Samseng Upahan Mesir

serenemaklong.blogspot.com



Gambar ini insiden yang berlaku di hadapan Kedutaan Amerika di Kaherah pada 24 Julai 2013. Lelaki yang memegang pistol mengheret seorang penyokong Mursi dengan dikelilingi oleh samseng yang lain. Siapa lelaki itu? Mungkin polis berpakaian biasa atau mungkin ketua samseng upahan.


INILAH militia samseng upahan, dalam bahasa Arab disebut "baltojiyah". Tugas mereka sama dengan kumpulan "syabih" di Syria yang  membantu tentera menyembelih rakyatnya sendiri. Jumlah kematian yang meningkat saban hari di Mesir antaranya disebabkan peluru "baltoji".

Militia ini wujud sejak puluhan tahun dan semakin aktif di zaman Mubarak. Dalam buku, "Menanti Fajar Menyingsing" terbitan Telaga Biru, ada diperincikan taktik serangan kumpulan ini pada hari revolusi Januari 2011 di Tahrir. Serangan ini bertujuan untuk rakyat lari menyelamatkan diri dari Tahrir namun gagal.

Bekas Ketua Agensi Perisikan Mesir yang telah meninggal dunia, Omar Suleiman pernah mendedahkan bilangan militia samseng di Mesir keseluruhan lebih kurang 500,000 orang dan mereka ini dijaga dan dipelihara oleh Unit Perisikan Perang, di bawah Majlis Tentera.

Presiden Parti Wasat (serpihan Ikhwan Muslimin), Ir. Abul 'Ela Madhi pula berkata, Presiden Mursi pernah memberitahu beliau bilangan militia ini lebih 300,000 dan mereka mempunyai "tanzim" atau organisasi yang lengkap.

Mereka disebut sebagai "militia upahan" kerana dibiayai oleh orang kenamaan dan tokoh korporat yang menjadi kroni Mubarak. Sebagai contoh, di Mansurah pembiaya milita samseng ini bernama Waheed Fudah, bekas Ahli Parlimen dari parti Mubarak (NDP). Ramai lagi golongan kaya dari kroni Mubarak seperti Rejab Humaidah dan Abul 'Ainain yang mempunyai "tanzim" samseng di bawah naungan mereka.

Sobry Nakhnukh, ketua militia samseng Iskandariah yang diberkas tahun lalu adalah di antara yang terkaya di negeri tersebut. Nakhnukh dijaga sendiri oleh bekas Menteri Dalam negeri zaman Mubarak, Habib 'Adli.

Berapa 'gaji tetap' kumpulan ini tidak diketahui. Namun pernah didedahkan oleh bekas Ahli Parlimen, Dr.Mohammed Beltaji bahawa dalam setiap operasi menyerang dan mengganas, mereka diberikan elaun. Sesiapa yang mampu menyerang menggunakan senjata api dibayar LE2,000, dengan pedang atau parang dibayar LE1,000 dan sesiapa hanya mampu membaling batu dibayar LE200. Selain bantuan kewangan, mereka turut dibekalkan senjata api.

Mutakhir ini, himpunan aman digempur oleh polis yang bukan saja datang dengan ketumbukannya tetapi turut membawa militia samseng. Pada malam serangan solat terawih di Ramsis, polis dilihat berada di belakang barisan militia samseng menyerang umat Islam yang sedang solat. Mereka saling melindungi antara satu sama lain ketika membelasah rakyat yang menuntut hak.

Ini bermakna Kementerian Dalam Negeri, polis dan tentera sendiri yang membiayai militia samseng ini. Jika rakyat Syria mati disembelih oleh kumpulan "syabih", maka rakyat Mesir mati di tangan "baltojiyah".


Bala Tentera Allah SWT

serenemaklong.blogspot.com


Langit, Tanah, Air dan segala yang ada di dalamnya, Matahari serta Tenaga Alam yang statik dan kinetik adalah makhluk ciptaan Allah SWT yang sentiasa bertasbih kepadaNya. Manusia, ciptaan Allah SWT paling sempurna juga patut bertasbih dan tawaduk kepadaNya. Elakkan diri daripada serangan dahsyat tentera Allah SWT. 

ALLAH SWT mempunyai bala tentera besar yang sentiasa bersiap siaga untuk menjalankan apa jua perintahNya. Antara tentera Allah SWT ialah: 

1)
Sujaul Aqra - Ular dari neraka yang menyeksa hamba yang tidak solat. Lebarnya sebesar tengkuk unta dan panjangnya sebulan perjalanan.

2)
Huraisy - Kala Jengking dari neraka yang panjangnya sejarak antara langit dan bumi, lebarnya dari timur hingga ke barat.
Apabila ia keluar maka malaikat Jibril a.s berkata, "Wahai Huraisy, kamu hendak ke mana dan kamu hendak mencari siapa?"
Lalu berkata Huraisy: "Aku mencari lima jenis orang."

- Orang yang tidak mengerjakan solat.
- Orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat.
- Orang yang mendurhakai kedua orang tuanya.
- Orang yang suka minum arak.
- Orang yang sangat suka bercakap-cakap dalam masjid hal dunia. 

3)
Malaikat Zabaniah - tentera Allah sangat gagah dan bengis yang ditugaskan menyeksa umat manusia di neraka. Khilaf berpendapat bahawa bilangan Malaikat adalah 19 dan pendapat yang lain mengatakan bilangan malaikat Zabaniah adalah 70,000. Malaikat Zabaniah juga antara yang ditugaskan menghukum dan memukul Iblis dengan rantai dari neraka.

4)
Hamalatul Arsy - 4 malaikat penanggung Arasy. Ada pendapat mengatakan bilangannya bertambah kepada 8 malaikat di hari kiamat kelak.
 
Malaikat adalah makhluk Allah SWT paling besar.

- Dalam peristiwa Israk dan Mikraj Rasulullah saw menyaksikan  rupa asal para malaikat iaitu Malaikat Jibril, Mikail dan Hamalatul Arsy. Semua malaikat memiliki sayap.

a. Satu sayap Jibril seluas permukaan bumi, pendapat kedua mengatakan satu sayapnya seluas langit pertama. Malaikat Jibril punyai 600 sayap.
b. Satu sayap Mikail seluas 600 sayap Jibril. Mikail mempunyai 1000 sayap.
c. Satu sayap Hamalatul Arsy seluas 1000 sayap Mikail. Malaikat penanggung Arasy ini mempunyai 1000 sayap.

5)
Ababil - burung dari neraka. Bila tentera burung itu tiba, di langit bagai ada awan hitam besar yang datang menutup bumi dengan laju. 

Surat Al-Fil menceritakan tentera bergajah yang menyerang kota Makkah pada tahun kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Kitab At-Tafsiru Kabir karya Fahru razy menjelaskan, nama pemimpin pasukan itu adalah Abrahah bin As-Shabah Al-Ashrami, raja Yaman. Tujuannya ingin meruntuhkan Kaabah dan mengalihkan pusat peribadatan haji orang-orang Arab ke kuil besar bernama Al-Qulais yang baru dibangunkan di Sanaa. 9 atau 12 ekor gajah ikut serta dalam penyerangan,terbesar bernama Mahmud. Namun rancangan itu gagal kerana burung-burung Ababil melemparkan pasukan tersebut dengan batu sehingga mereka semuanya  binasa.

Tentera Ababil membawa tiga ketul batu terbakar, satu di paruh dan dua di kaki. Ada pendapat lain mengatakan bahawa batu-batu itu dari neraka. Mereka melemparkan batu berapi itu ke arah pasukan bergajah yang mahu meruntuhkan Kaabah. Yang terkena batu dari arah kepalanya, akan terus keluar dari duburnya. Yang terkena dari depan, batu itu keluar dari punggungnya. Akibatnya,tubuh gajah dan orang-orang itu berlubang seperti daun yang dimakan ulat.
 




Ciri-ciri Suami Idaman

serenemaklong.blogspot.com





CIRI-CIRI suami idaman para isteri:

1.
pandai menimbulkan suasana damai, penuh kasih sayang kepada keluarga.
2.
mempunyai sifat ramah dan penuh pengertian dalam keluarga.
3.
selalu membimbing isteriagar selalu taat serta bertakwa kepada Allah dan Rasul-NYA.
4.
bertanggungjawab dalam segala urusan rumahtangga.
5. bertanggungjawab menafkahi isteri secukup, baik nafkah lahir mahupun nafkah batin.
6. menyempatkan diri dan tidak segan-segan mengajari ilmu agama kepada isteri.

7.
Ia tulus menerima apa adanya keadaan isteri dengan segala kekurangan dan keterbatasannya. Baik itu keadaan fisik maupun sifat-sifat yang ada pada isterinya..

8.
Ia tidak mudah marah ketika ada perselisihan dalam rumah tangga.
9.
selalu mencari jalan keluar yang baik untuk menyelesaikan setiap masalah dalam keluarga.
10.
Ketika hendak berpergian selalu memberitahukan tujuan kepada isterinya.
11.
menasihati sebaik-baiknya jika isteri membuat kesalahan serta membimbingnya ke jalan yang benar.
12.
tidak membebani isteri dengan persoalan yang masih boleh diselesaikannya sendiri.
13.
selalu meluangkan waktu untuk bersantai bersama isteri dan anak-anaknya.

Jika suami mampu bersikap seperti di atas kepada isterinya dalam sebuah keluarga, maka in sya ALLAH akan terbina sebuah keluarga Sakinah, Mawaddah Warahmah, bernaung dalam Baity Jannati.

Ya ALLAH…Pertemukanlah kami dengan suami demikian.

Agar kami semua termasuk hamba-Mu Yang soleh /solehah. Aamiin. Aamiin Ya Rabbal'Alaamiin

Keprihatinan Chet Det

serenemaklong.blogspot.com




TUN Mahathir Mohamed pernah ditembak di bahu kanan ketika  ingin menyelamatkan umat Islam di Bosnia suatu ketika dahulu. Tetapi beliau tidak mahu sesiapapun tahu.

Sebelum itu, beberapa ahli kabinet menawarkan diri untuk pergi menggantikannya tetapi beliau enggan. Beliau kata "Takpalah, kalau hangpa mati sapa nak jaga negara, biar saya pi sorang ja.”

Kisah ini diceritakan sendiri tentera yang menjaga beliau ketika misi itu. Kuat dan cekal hatinya:

1. Dia menggerakkan negara Islam lain untuk membantu Bosnia Herzegovina ketika umat Islam di sana disembelih oleh pengganas Serbia.

2. Dia menghantar ratusan komando Malaysia yang dibawa masuk secara sulit ke Bosnia untuk membantu saudara se Islam ketika era pencerobohan dan pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Bosnia. “Kalau negara Arab ini tidak datang membantu, kita hantar sahaja askar kita,” - Tun Mahathir.

3. Dia berpakat dengan kerajaan Sultan Brunei menyediakan jumlah dana berjuta dollar untuk membeli senjata dan peluru anti-kereta kebal untuk tentera Islam di Bosnia.

4. Dia pernah menangis ketika melawat Bunker yang menjadi pejabat Yasser Arafat di Palestin.

5. Dia pemimpin Islam yang Yasser Arafat hubungi meminta bantuan dan pertolongan ketika diserang oleh rejim zionis.

6. Dia mempertaruhkan nyawa isterinya,Tun Dr Siti Hasmah menaiki pesawat ke Baghdad membawa bantuan kemanusiaan kepada umat Islam demi untuk melepaskan sekatan Amerika Syarikat.

7. Dia lantang mengutuk kekejaman Zionis ke atas umat Islam serta mempertahankan Islam di mata dunia.

8. Dia berusaha keras, tidak hanya duduk berdoa tanpa berbuat apa-apa.

9. Ketika saudara Islam yang tidak sehaluan politik mendoakan kecelakaan untuknya, dia diizin oleh Allah SWT masuk ke dalam Kaabah.

10. Dia pernah ditembak dan mengorbankan jawatan tertinggi dalam Malaysia demi menyelamatkan umat Islam Bosnia.

Beliau dianggap sebagai seorang pemimpin dunia berjaya meskipun memimpin sebuah negara kecil. Beliau bukan hanya berjaya memerdekakan negaranya dari semua segi, tetapi berusaha memerdekakan negara-negara lain dari belenggu falsafah pembangunan yang dijana dari barat yang jelas muflis idealistiknya.

Jasa yang dicurahkannya sudah pasti tidak dapat dibalas.
Dialah TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMED!!!
Bekas PERDANA MENTERI MALAYSIA. Manusia dihormati UMAT ISLAM dan PEMIMPIN ISLAM seluruh dunia.

Wednesday, July 24, 2013

Kerana 5 Sen

serenemaklong.blogspot.com


USTAZ Halim sering diganggu  suatu mimpi yang tidak difahaminya. Berbulan-bulan dia tidak lelap tidur kerananya.

Seorang lelaki mendatanginya dalam mimpi dengan  keadaan yang amat terseksa dan melambai-lambaikan tangan kepadanya dengan kata-kata, “Tolong bebaskan aku”.

Ustaz Halim bersolat hajat dan bertanya kepada orang-orang alim. Mengikut kata mereka, lelaki yang memanggilnya itu ialah roh ayahnya. Ustaz Halim mendatangi ibunya untuk mendapatkan berita mengenai kedudukan kubur bapanya.

Ternyata ibu Ustaz Halim telah terpisah dengan suaminya  ketika Jepun menyerang Tanah Melayu. Hampir 40 tahun tiada sebarang berita mengenainya. Maklumat yang diketahui bapanya terbunuh ketika perang itu.

Ustaz Halim terus diganggu oleh mimpi itu. Dia tidak jemu-jemu bermunajat dan berdoa agar Allah memberikannya petunjuk untuk menyelesaikannya, berdoa supaya dosa bapanya diampunkan dan seksaan yang dideritainya dilepaskan.

Akhirnya dia mendapat tahu bahawa bapanya yang merupakan seorang peniaga berjaya, baru meninggal dunia lebih kurang dua tahun lalu. Arwah banyak melakukan amal kebajikan atas nama Islam.

Diberitakan dia berusaha mencari isterinya setelah perang Jepun berakhir namun tidak berjumpa. Dia bernikah buat kali kedua setelah mendapat tahu isteri pertamanya  meninggal dunia. Dia dikurniakan lima orang anak perempuan.

Ustaz Halim mendatangi rumah ibu tirinya untuk mengetahui jika bapanya ada meninggalkan apa-apa hutang  belum langsai. Ibu tiri dan adik-adik tirinya tidak memberikan kerjasama setelah mengetahui Ustaz Halim  juga seorang waris. Mereka takut Ustaz Halim menuntut haknya daripada harta pusaka.

Bagaimanapun peguam keluarga bapanya menyatakan  bahawa semua hutang si mati telah dijelaskan dan tidak ada satu pun yang tinggal. Ustaz Halim terus mendatangi  semua kenalan bapanya dan memohon mereka memaafkan jika ada salah dan silap arwah ketika hidupnya.

Disebabkan mimpi itu berterusan, Ustaz Halim menemui semula ibu tirinya dan menceritakan bahawa mimpi itu bermula setelah kematian bapanya.

Ibu tirinya tidak yakin lelaki dalam mimpi Ustaz Halim itu adalah si mati kerana dia taat beribadah dan rajin bersedekah, suka menolong orang susah, tidak pernah lambat menjelaskan zakat perniagaan. Tidak mungkin dia  terseksa. Setelah berbincang panjang lebar, Ustaz Halim  mengambil keputusan untuk balik.

Ketika keluar daripada rumah tersebut, dia berserempak seorang pakcik yang bertanyakan di mana rumah Datuk Azlan Affendi kerana dia ingin menemuinya. Ustaz Halim mengaku itulah rumah bapanya, Azlan.

Tanpa banyak soal, Ustaz Halim membawa pakcik itu ke kubur bapanya. Di dalam perjalanan, Ustaz Halim menceritakan segala-galanya. Ternyata pakcik adalah sahabat karib Azlan.

Beberapa minggu sebelum itu, pakcik terbaca sebuah buku tulisan Azlan dan di belakang buku tersebut terdapat biodatanya. Lalu pakcik terus datang ke Kuala Lumpur untuk berjumpa dengannya.

Sebelum sampai ke kubur, mereka singgah minum di warung kopi. Ustaz Halim bertanya jika pakcik pernah berselisih faham dengan bapanya. Pakcik menjawab, tidak pernah dan kalau adapun dia telah mengampunkan segala dosanya.

Mereka kemudiannya terus ke kubur dan berdoa. Selesai berdoa pakcik tiba-tiba teringat peristiwa sejurus sebelum Jepun datang menyerang kampung mereka. Ketika itu dia dan Azlan sedang minum kopi di warung. Kerana tergesa-gesa hendak beredar, Azlan meminta pakcik membayarkan dahulu harga minuman kopi itu sebanyak 5 sen dan berjanji akan membayar balik kemudian. Bila Jepun tiba di kampung itu, mereka berdua terus terpisah.

Pakcik mengangkat tangan dan berdoa kepada Allah bahawa menghalalkan hutang lima sen yang kawan ku Azlan berhutang kepada ku. Setelah hari itu, Ustaz Halim tidak diganggu mimpi itu lagi.

( Sumber: I. Hamzah)


Diet Bulan Ramadan

serenemaklong.blogspot.com



INI antara pilihan menu yang disaran untuk turun 5kg dalam masa sebulan berpuasa:

- Oat
- Ikan
- Kurma
- Sayuran
- Buahan
- Tempe (soya)
- Susu/atau minuman Yogurt

Elakkan makanan bergaram tinggi ketika sahur kerana ia akan menyebabkan badan nyahhidrat lebih cepat. Lebihkan pengambilan makanan berserat tinggi untuk menggelakkan rasa lapar sepanjang hari. 

Kenapa tidak senaraikan nasi dalam pilihan menu di atas? Kerana nasi mengandungi lebih kanji. Ia membekal lebih lemak. Tukarkan nasi kepada oat. Ia lebih mudah dihadam dan berkhasiat. Lagipun, oat membantu menyerap kolesterol dalam badan. 

Kenapa tiada menu ayam atau daging? Heyyy~ bukankah nak turun 5kg dengan pantas! Jadi, elakkan mengambil protein yang sukar dihadam. Gantikan dengan soya(tempe) atau ikan dah cukup. Lagipun, hari raya nanti pasti pelbagai juadah daging dan ayam akan terhidang. Jadi, anggap saja anda juga berpuasa dari memakan ayam dan daging untuk sebulan ini. 

Elakkan makanan berminyak dan meminum minuman sejuk semasa berbuka. Adalah lebih baik anda makan kurma dan menikmati bubur oat dan sup sayur. Cukup! 


Kenapa Ramadan sering dikaitkan dengan kurma?

Kurma bukan sekadar sunnah. Ia mengandungi campuran glukosa dan fruktosa. Mengandungi potassium yang tinggi, sekitar 64 peratus lebih tinggi daripada pisang. Mengandungi beta-D-glucan yang mana merupakan serat larut air yang menyebabkan rasa kenyang.

Kenapa badan saya susut ketika puasa dan naik mendadak selepas raya?

Perlu diingatkan, ada kemungkinan berlaku penurunan kadar metabolisme semasa berpuasa. Selepas tamat puasa, kadar metabolisme jauh lebih rendah dan ketika itu kebanyakan orang akan makan tak ingat dunia dan menyebabkan badan mengembang semula bagai kena pam. Malah, berat badan boleh naik mendadak dua kali ganda dari berat sebelum berpuasa. Oleh itu, jagalah pemakanan anda selepas berpuasa nanti. Ok~


*Senarai menu di atas juga sangat bagus untuk golongan ibu-ibu yang menyusukan anak dan juga yang sedang mengandung.  




Doa Elak Kelahi Suami Isteri

 


.

Wang Dan Kesihatan

serenemaklong.blogspot.com



KEBANYAKAN warga emas di negara ini mempunyai tahap kesihatan yang rendah. Rata-rata-rata mengidap beberapa penyakit dan purata perbelanjaan untuk ubat dan rawatan setiap bulan mencecah RM500-RM600. Ada yang menggunakan wang pencen untuk menampung perbelanjaan itu, manakala yang tidak berpencen keadaan mereka lebih teruk lagi. 

Sebenarnya jika kesihatan dijaga sejak dari usia muda mungkin wang dapat dijimatkan beribu atau berpuluh ribu ringgit satu hari nanti. Pemakanan yang tidak sihat bukan sahaja merugikan wang secara langsung, tetapi juga boleh menimbulkan masalah kesihatan lain yang memakan perbelanjaan perubatan yang tinggi pada masa hadapan.

Garam berlebihan boleh mengakibatkan darah tinggi manakala gula berlebihan pula boleh mengakibatkan diabetes. Pemakanan yang seimbang adalah kuncinya. Banyakkan memakan sayur-sayuran serta buah-buahan. Yang organik adalah terbaik!

Penyelidikan Cleveland State University mendapati  mereka yang kerap bersenam mempunyai pendapatan yang lebih tinggi daripada mereka yang tidak melakukan senaman. Menurut kajian ini, mereka yang bersenam 3 kali seminggu menjana pendapatan 10% lebih daripada mereka yang tidak bersenam

Ini kerana, mereka yang bersenam pastinya mempunyai semangat, momentum, dan motivasi lebih tinggi dan memberikan kerja lebih produktif. Oleh itu mulalah bersenam hari ini!

Kikis tabiat merokok kerana kos merokok amat tinggi, bukan sahaja pada kotaknya, tetapi juga kos kesihatan jangka panjang. Perokok tegar mungkin membelanjakan RM30 seminggu, iaitu dalam lingkungan RM120 sebulan. Tidak termasuk kos merawat penyakit akibat rokok setiap tahun yang menjangkau berbilion RM. Melaburkan RM120 sebulan pada pulangan 12% akan menjadi lebih RM118,000 dalam masa 20 tahun!!!

Jangan lupa juga mengambil insurans takaful kesihatan. Malang tidak berbau. Walaupun melakukan senaman dan menjaga kesihatan, adakalanya penyakit tetap hadir. Sebagai langkah berjaga-jaga serta merupakan strategi kewangan yang baik, dapatkan insurans takaful kesihatan bagi meringankan beban kewangan sekiranya penyakit melanda.

Sentiasa sematkan di minda bahawa wang dan kesihatan sama pentingnya pada zaman ini. 

( Irfan Khairi)