Wednesday, April 29, 2015
Wanita Penghuni Syurga VS Bidadari
Dari Ummu Salamah radhiyallahu ‘anha, dia berkata, “Saya bertanya, “Wahai Rasulullah, manakah yang lebih utama, wanita dunia ataukah bidadari yang bermata jeli?" ”Nabi Muhammad shallallahu’‘alaihi wa sallam menjawab,“Wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari-bidadari yang bermata jeli, seperti kelebihan apa yang tampak daripada apa yang tidak tampak.”Saya bertanya, “Kenapa wanita dunia lebih utama dari pada mereka?" ”Beliau menjawab, “Kerana solat mereka, puasa dan ibadah mereka kepada Allah.Allah meletakkan cahaya di wajah mereka, tubuh mereka adalah kain sutera, kulitnya putih bersih, pakaiannya berwarna hijau, perhiasannya kekuning-kuningan, sanggulnya mutiara dan sisirnya terbuat dari emas. Mereka berkata, ‘Kami hidup abadi dan tidak mati, kami lemah lembut dan tidak jahat sama sekali, kami selalu mendampingi dan tidak beranjak sama sekali, kami redha dan tidak pernah bersungut-sungut. Berbahagialah orang yang memiliki kami dan kami memilikinya.’.” (HR. Ath Thabrani)
Subhanallah. Betapa indahnya perkataan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Sebuah perkataan yang seharusnya membuat kita, wanita dunia, menjadi lebih bersemangat dan bersungguh-sungguh untuk menjadi wanita solehah.Berusaha untuk menjadi sebaik-baik perhiasan.
Berusaha keras untuk menjadi wanita penghuni syurga.(Mukhtashor Hadil al-Arwah ila Bilad al-Afrah (Temasya ke Syurga)
Kata orang tua-tua, suami itu macam nyawa isteri. Apa-apa yang kita hendak buat dan ke mana kita hendak pergi perlu ada suami, baru rasa selamat dan bahagia. Kalau berjauhan dengan suami terasa hilang semangat. Demikian jugalah perasaan yang sepatutnya ada dalam hati suami terhadap isterinya. Perasaan saling ingat mengingati antara suami dengan isteri itu akan menyemarakkan lagi rasa cinta dan kebahagiaan rumah tangga.[Prof Muhaya Mohamad]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment