Thursday, April 2, 2015

Bersyukurlah

Bersyukur adalah satu kewajipan, ia bermaksud setiap hamba mestilah bersykur kepada Allah S.W.T atas segala nikmat yang telah diberikan. Manusia juga mesti bersyukur dan berterima kasih sesama manusia atas kebaikan dan jasa yang telah diberikan kepada mereka. Sabda Rasulullullah s.a.w; من لم يشكر القليل لم يشكر الكثير ومن لم يشكر الناس لم يشكر الله التحدث بنعمة الله شكر وتركها كفر Maksudnya; Sesiapa yang tidak bersyukur dengan yang sedikit, ia tidak akan bersyukur dengan yang banyak, sesiapa yang tidak bersyukur sesama manusia, ia tidak bersyukur dengan Allah S.W.T, Menceritakan nikmat Allah adalah bersyukur dan meninggalkannya adalah kekufuran.
AKIBAT BURUK KERANA TIDAK BERSYUKUR-----1. Mendapat kemurkaan Allah S.W.T., dan di akhirat nanti Allah janjikan azab yang pedih dan menyakitkan. Mereka adalah orang-orang yang kufur, kafir nikmat Allah S.W.T. وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ Maksudnya; Dan ingatlah tatkala Tuhanmu memberitahu, sekiranya kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahkan nikmat-Ku, tetapi ingat sekiranya kamu kufur nikmat Aku sesunngguhnya azab Aku sangat besar.
2. Orang yang tidak bersyukur akan menjadi orang yang sombong, takabbur dan sentiasa menzalimi orang lain. Akibatnya mereka dibenci Allah, jauh dari rahmat Allah swt dan tidak disukai oleh orang lain. 3. Orang yang tidak bersyukur akan menjadi orang yang tamak, dan orang yang tamak ini sememangnya orang yang dicela. Tidak pernah merasa cukup yang akhirnya sikap tamak tersebut menjerumuskan mereka ke dalam kancah maksiat dan kemurkaan Allah S.W.T. Menzalimi dan menganiaya orang lain. عَنْ أَنَسٍ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " لَوْ أَنَّ لِابْنِ آدَمَ وَادِيَيْنِ مِنْ مَالٍ لَابْتَغَىوَادِيًا ثَالِثًا وَلَا يَمْلَأُ جَوْفَ ابْنِ آدَمَ إِلَّا التُّرَابُ ، وَيَتُوبُ اللَّهُ عَلَى مَنْ تَابَ Maksudnya; Sekiranya menusia memiliki dua lembah harta nescaya mereka mencari lembah yang ketiga, dan tidak dipenuhi perut manusia melainkan tanah, dan Allah menerima taubat orang yang bertaubat.
4. Orang yang tidak bersyukur, akan sentiasa menyalahkan orang lain apabila ditimpa musibah atau kesusahan, jauh sekali untuk muhasabah kesilapan diri sendiri, dan sering tidak redha dengan qada' dan qadar Allah S.W.T. Lebih malang apabila mereka menyalahkan Allah S.W.T. dan bersangka buruk terhadap-Nya. 5. Orang yang tidak tidak akan tenang, tidak akan bahagia, bahkan hidupnya sentiasa keluh kesah, tertekan dan tidak keruan disebabkan runtunan hawa nafsu yang sentiasa berusaha menyesatkan manusia. Wallahualam. ...[Din Bilal]

No comments:

Post a Comment