Friday, April 3, 2015
Khasiat Limau Nipis Limau Kasturi
UBAT BATUK ---Air limau nipis, kicap, garam dicampur dan diminum setiap pagi dan malam sehingga batuk beransur pulih. DEMAM ---Petik 2-4 genggam daun limau nipis. Rebus dengan 2 hingga 4 gelas air. Gunakan air rebusan ini untuk menuam pesakit yang demam. Caranya ialah dengan membasahkan kain pada air rebusan dan diperah, lalu ditempelkan pada dahi pesakit. UBAT KETIAK ---Siapkan limau nipis yang dicampur kapur sirih. Setelah mandi, sapukan campuran ini pada ketiak dan biarkan beberapa waktu sebelum dibasuh. Lakukan pagi dan petang.UBAT KURUS -----Perahan limau nipis yang dicampur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari. Sebaik-baiknya biarlah teh yang diminum itu teh panas suam, kesannya lebih cepat. Amalkan meminum air ini dan insya-Allah perut anda yang buncit akan menjadi kempis dan kemas semula. UBAT KELEMUMUR ---Biasakan mencuci rambut dengan beberapa helai daun rambutan yang diramas bersama setengah cawan air hingga mengeluarkan lendir. Kemudian bancuh sebatian lendir daun rambutan bersama dua cawan santan dan sebiji air limau nipis. Lumur pada seluruh kepala dan balut menggunakan tuala lembap. Biar sebentar sebelum dibilas bersih, Lakukan seminggu sekali.UBAT PEWANGI RAMBUT ---Ambil beberapa biji limau nipis dan hiriskan. Kemudian gosokkan ke seluruh kepala. Biarkan beberapa minit, barulah cuci hingga bersih. Selain mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening dan menyejukkan kepala.
UBAT PENING KEPALA ---Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit di bahagian atasnya. Kemudian, picit kulit limau kasturi tadi sehingga cecairnya keluar. Pastikan anda menghalakan cecair itu ke arah hidung semasa ia terpancut. UBAT LELAH -----Ambil sesudu madu asli. Campurkan dengan 5 titik jus limau kasturi.Minumlah campuran madu dan jus limau kasturi itu pada bila-bila masa walaupun ketika tidak mengalami lelah. Amalkan cara ini seminggu sekali. HILANGKAN MINYAK PADA BAJU ---Perahkan sebiji limau kasturi ke dalam piring.Campurkan perahan limau kasturi tadi dengan sedikit garam.Kemudian, gosokkan campuran di atas pada bahagian pakaian yang terkena minyak.Lepas gosok, biarkannya selama 5 hingga 10 minit. Kesan minyak akan hilang nanti.Akhir sekali, basuh pakaian tadi bersama dengan pakaian lain macam biasa. MENGILATKAN CERMIN MATA ---Cermin mata selalu kabur warna kerana terkena peluh disekitar mata atau hidung. Cuba petua ini bagi mengatasi cermin mata anda jelas lebih lama. Cuci dan gosokkan sedikit limau pada kacanya. Bilas bersih kemudian lap dengan kain bersih atau tisu. Hasilnya cermin mata lebih kuat dan jelas lebih lama.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment