Wednesday, April 15, 2015
Cara Selamat Guna Tandas Awam
Ketika menggunakan tandas awam harus berhati-hati kerana banyaknya kuman yang ada di dalamnya. Jangan letakkan beg di lantai tandas. Jika menggunakan tandas duduk, sapu tempat duduk kloset dengan tisu, dan lapisi tempat duduk itu dengan tisu. Jangan duduk jika ia nampak basah atau kotor. Posisi yang dapat dilakukan adalah dengan posisi duduk tanpa menyentuh tandas. Jangan sentuh benda-benda yang ada di tandas. Gunakan tisu ketika menekan flush atau membuka pintu. Tutup penutup tandas sebelum menekan flush dengan menggunakan tisu. Dalam keadaan terbuka, kuman-kuman di dalamnya mampu terhambur keluar dan mengenai tubuh. Jika tidak ada penutup, jauhi kloset semasa melakukan flush. Selesai menggunakan tandas, cuci tangan dengan menggunakan sabun, selama 20-30 saat, gosok telapak, belakang tangan, sela-sela jari tangan dan kawasan di bawah kuku. Keringkan tangan dengan menggunakan tisu atau pengering tangan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment