Thursday, April 30, 2015
Nabi s.a.w. Disihir
Diriwayatkan dari Aisyah Ra bahawa Baginda Rasulullah saw pernah terkena sihir dari Bani Zuraiq yang bernama Labid bin Al A’sham sehingga baginda merasa seolah olah melakukan sesuatu yang tidak di lakukan. Pada satu malam Baginda berdoa dan terus berdoa untuk kesembuhan Kemudian baginda bertanya kepada Aisyah,"Apakah engkau merasa Allah akan memberikan petunjuk pada apa yang aku tanyakan kepada Nya?" Lalu datanglah 2 malaikat. Seorang duduk di samping kepala baginda dan yang satu lagi duduk di samping kaki baginda. Malaikat yang berada di sisi kepala baginda berkata kepada yang satu lagi."Apakah penyakitnya?" Lalu di jawab malaikat yang berada di samping kakinya: "Tersihir dari Labid bin Al-A’sham." Lalu ditanya lagi, "Di manakah sihir itu di tempatkan?" Dijawab, "Di kepalanya. Beberapa helai rambutnya telah diikat dengan pundi-pundi yang dibuat dari mayang korma jantan." Ditanya lagi, "Di manakah benda itu di letakkan?" Dijawab, "Di dalam perigi Zu Arwan."
Kemudian keesokan harinya Baginda pun bangkit dan pergi ke perigi tersebut bersama beberapa sahabat. Dilihatnya air di dalam telaga itu berwarna kuning kemerah-merahan dan pohon kurma yang ada di situ kelihatan bagaikan kepala-kepala syaitan. Seorang sahabat bertanya kepada baginda, "Apakah tidak ingin mengeluarkannya dari perigi ini?" Baginda menjawab, "Allah telah menyembuhkanku tetapi aku tidak senang dengan keburukannya yang akan berpengaruh kepada manusia. Baginda pun mengeluarkan pundi-pundi tersebut dan ditanamnya.
Berikut adalah Ruqyah yang digunakan Jibril waktu menyembuhkan Baginda Rasulullah s.a.w..dibacakan 3 kali berturut-turut -----
بِسْمِ اللَّهِ أَرْقِيكَ، مِنْ كل شئ يُؤْذِيكَ، مِنْ شَرِّ كُلِّ نَفْسٍ أو عَيْنٍ حاسِدٍ، اللَّهُ يَشْفِيكَ، بِسْمِ اللَّهِ أرْقِيكَ
-----Bismillahi arqii-ka, min kulli syai-in yuk-dziika min syarri kulli nafsin aw ainin haasidin, Allahu yasyfii-ka, bismillaahi arqii-ka---"Dengan nama Allah, aku meruqyah-mu, dari semua yang menyakitimu, dari kejahatan setiap jiwa dan mata hasad, semoga Allah menyembuhkanmu, Dengan nama Allah, aku meruqyah-mu. " [Ustazah Siti Nurbaya Usman]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment