Wednesday, April 15, 2015
Khasiat Kunyit
KUNYIT membantu menyembuhkan luka lebih cepat, sebagai antiseptik semula jadi. Ia juga mempunyai sifat anti-kanser. Antioksidan di dalamnya menyumbang dalam pertumbuhan dan peremajaan sel. Cara ini mampu memperlambat proses penuaan. Kunyit menyahtoksikkan racun dan bahan kimia dari tubuh. Sifatnya yang anti-inflimasi dapat menyembuhkan rheumatoid atritis dan mencegah leukemia.Penambahan kunyit dalam diet harian dapat membantu meningkatkan ketahanan tubuh dari serangan penyakit. Bagi yang berhasrat menurunkan berat badan, ia dapat meningkatkan metabolisme dalam tubuh. Kunyit dapat menyembuhkan pigmentasi yang disebabkan oleh sinaran matahari, membantu melembapkan kulit, mengurangkan kekeringan. mencerahkan luka bekas melecur, membersih dan mencerahkan kulit wajah. Ia membantu menentang gangguan kulit seperti ekzema, psoriasis, ruam merah, dan mengurangkan tanda regangan (stretch mark) atau selulit. Ada juga wanita yang menggunakan bedak sejuk buatan sendiri yang dicampurkan kunyit hidup. Ia mampu menghilangkan jerawat dan jeragat pada wajah
Untuk membuat jus, parut kunyit hidup, bancuh dengan air suam kira-kira setengah gelas, masukkan sedikit asam jawa dan garam. Baik diminum selepas bersalin, dan selepas datang haid. Di Perak, air perahan kunyit dicampur madu atau ibu garam dan diberikan kepada pengantin pada waktu pagi selepas malam pertama untuk mengembalikan tenaga dan menaikkan seri muka serta badan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam semua nk kongsi boleh jika ada sakit darah tinggi atau masalah saraf atau kanser tahap 1 2 3 dan 4 atau cysts dan lain2 penyakit cuba berubat saya mohd zuhairi bin noordin 017 4687570 cuba wasap saya atau call saya..Insya Allah mujarab dan mmpu milik dah bnyk testimoni2 yang dah sembuh tahap 4 dan penyakit2 lain.saya mengunakan pokok2 herba yang terpilih yang penting harga mmpu milik dan berkesan Insya Allah
ReplyDelete