(QS. Fathir 27).
Gunung ini kelihatan seperti hamparan pelangi sehingga digelar 'Rainbow Mountain'. Gunung pelangi seluas 300 kilometer persegi ini merupakan sebahagian daripada Zhangye Danxia Landform Geological Park yang terletak di wilayah Gansu, China.Bukit dan lembahnya terdiri dari lapisan warna merah, biru, hijau zamrud, coklat, dan kuning. Meskipun demikian, di sana tidak ditemui tumbuhan atau haiwan kerana keadaan tanahnya yang tandus.
Fenomena alam yang menakjubkan ini merupakan contoh geomorfologi petrografi. Warna-warni bukitnya berasal dari batuan pasir merah dan mineral yang terbentuk sejak Zaman Kapur, kira-kira 24 juta tahun lalu. Gunung ini menampilkan pola warna yang berbeza-beza, bergantung kepada keadaan cuaca dan pencahayaan matahari. Warna-warni gunung ini akan semakin kontras jika hujan turun pada hari sebelumnya. Keadaan gunung ini diketahui oleh orang ramai apabila fotonya tersebar di dunia maya. Kini Zhangye Danxia Park menjadi salah satu pusat pelancongan popular di China. SubhanAllah. Maha Benar Allah dengan segala Firman-Nya.
No comments:
Post a Comment