Saturday, April 11, 2015

Bahaya Syiah Houthi Di Yaman


Houthi atau Hutsi adalah kelompok yang didirikan oleh Husein bin Badruddin al-Houthi di Sha'dah, wilayah utara Yaman. Awalnya mereka berfahaman Syiah Zaidiyah. Selepas menjalin hubungan dengan Hizbullah Lebanon, mereka berubah menjadi Syiah 12 imam yang ekstrem. Sama seperti Syiah di Indonesia, Iran, Lebanon, Iraq, Bahrain, dan majoriti Syiah yang ada di dunia, pemberontak Houthi juga berideologi Syiah Itsna Asyariyah atau Syiah 12 Imam. Di antara ideologi gerakan ekstrim ini adalah 

Ideologi imamah, iaitu bentuk ideologi yang berkeyakinan bahawa pemimpin tidak sah kecuali yang dari keturunan Ali bin Abi Thalib. Mereka bersiap sedia untuk menentang pemerintah: 

Mereka memprovokasi dan membangkitkan semangat pengikutnya untuk memerangi Ahlussunnah, kerana Ahlussunnah meredhai selain Ali menjadi khalifah, iaitu Abu Bakar, Umar, dan Uthman radhiallahu ‘anhum ajma’in

Mereka memuji-muji revolusi Khomeini dan Hizbullah Lebanon dan menjadikan kedua-duanya sebagai teladan yang wajib dicontoh perjalannya 

Mereka memusuhi tiga khalifah pertama dan para sahabat nabi secara umum. Dari pandangan ideologi Houthi dan Syiah 12 Imam, tiga khalifah pertama dan para sahabat nabi adalah sumber bencana pada umat ini. Badruddin al-Houthi mengatakan, “Saya secara peribadi meyakini kekafiran mereka (para sahabat).”

Mereka mencela dan melaknat isteri-isteri Rasulullah ﷺ dan para sahabat beliau. Husein al-Houthi mengatakan, “Seluruh keburukan yang ada pada umat ini, setiap kezaliman yang terjadi pada umat ini, dan segala bentuk penderitaan yang dirasakan umat ini, adalah disebabkan Abu Bakar, Umar, dan Uthman. Khususnya Abu Bakar, Umar yang menjadi dalangnya”.



Di Iran mereka melakukan revolusi. 
Di Bahrain melakukan pemberontakan. 
Di Lebanon mereka menguasai negara dengan tentera bukan pemerintah iaitu Hizbullah. Di Yaman mereka memberontak. 
Di Indonesia pun sama. Mereka adalah Syiah 12 Imam. Secara khusus mereka sangat membenci Umar yang memadamkan api majusi dengan menakluki Parsi. Husein al-Houthi mengatakan, “Muawiyah adalah buah di antara keburukan Umar. Abu Bakar dan Uthman juga merupakan hasil dari racun Umar”. 

Husein bin Badruddin al-Houthi sangat terpengaruh dengan perjalanan hidup Khomeini. Ia berazam menjadikan Yaman seperti Iran. Salah seorang saudaranya mempelajari kaedah revolusi dalam sebuah seminar praktik “Ittihadu asy-Syab al-Mukmin” yang diadakan pada tahun 1986 atas tajaan Iran. Setelah ayahnya (Badruddin al-Houthi) kembali dari Teheran, ibu kota Iran, banyak perselisihan mula terjadi dengan ulama-ulama madzhab Syiah Zaidiyah. 

Kunjungan pemberontak Houthi ke Iran dan kunjungan balik Iran ke Yaman dalam pertemuan-pertemuan rahasia terkait “Ittihadu asy-Syab al-Mukmin” sebagai persiapan revolusi di Yaman. Bidang penyiaran Syiah seperti al-Alam di Iran, al-Manar milik Hizbullah, Lebanon, menyokong pemberontak Houthi menentang pemerintah sah Yaman.Tentera Yaman menemukan senjata-senjata Iran pada pemberontak Houthi. Begitu juga dokumen di hospital Iran di ibu kota Sana’a. Dokumen itu menunjukkan penglibatan Iran dalam operasi perisikan, sokongan kewangan, dan ketenteraan untuk Houthi. Hospital Iran akhirnya ditutup oleh pemerintah Yaman.Terdapat lambang Hizbullah Lebanon di markas-markas Houthi. Sejak kejayaan revolusi berdarah di Iran, Khomeini memang bertekad mengadakan revolusi serupa di negara-negara Arab. Terdapat juga pejuang-pejuang Syiah Iraq dalam barisan pemberontak Houthi. Golongan Syiah Iran dan juga di lain tempat sangat marah dengan serangan Arab Saudi dan sekutunya ke atas pemberontak Houthi.


Pemikiran paling berbahaya dari kelompok pemberontak ini adalah keyakinan bahawa Imam Mahdi (versi Syiah) akan datang ke dunia. Oleh kerana itu, perlu dipersiapkan tanah tempat kedatangannya bagi “membebaskan” dua tanah haram, Makkah dan Madinah. 

Kerajaan Arab Saudi harus segera dihancurkan. Ketika ini, Syiah sedang berusaha mengepung kerajaan Arab Saudi dengan menSyiahkan Iraq, Lebanon dan Syria untuk mengepung Arab Saudi di bahagian utara, Yaman di bahagian selatan, dan untuk menguasai Mesir di sebelah barat, sementara Iran sendiri di sebelah Timur. 

Dalam buku Ashru azh-Zhahir yang ditulis oleh seorang Syiah, Ali Kurani al-Amili, ditegaskan bahawa banyak terdapat hadits dari ahlul bait tentang revolusi Islam di Yaman.Yaman adalah tanah yang disiapkan untuk kedatangan Mahdi. Di dalam kitab tersebut menyebut pimpinan revolusi bernama “al-Yamani” tentang seorang Yaman yang bernama Hasan atau Husein dari keturunan Zaid bin Ali. Al-Yamani ini keluar dari daerah yang disebut Kur’ah, sebuah desa di daerah Khaulan dekat Sha’dah.


Bukan rahsia lagi, kumpulan ekstrem Syiah di dunia Arab memiliki hubungan erat dengan Iran. Negara para mullah ini seolah-olah menjadi bapa kepada para pelampau Syiah di Timur Tengah.Mereka menaja dan berdiri satu barisan bersama. Iran dan ejen-ejennya di Timur Tengah sudah tidak boleh dipercayai lagi. 

Mereka selalu memainkan peranan sebagai penipu di manapun mereka berada. Politik damai sudah tidak mampu mengatasi kezaliman mereka. Operasi ketenteraan harus dilakukan. Secara diam-diam, pemberontak Houthi dibantu oleh mantan presiden Yaman yang digulingkan, Ali Abdullah Shaleh, untuk merebut ibu kota Sana’a dengan kekerasan. Padahal Ali Abdullah Shaleh ini berhutang nyawa dengan Arab Saudi apabila dia diselamatkan Raja Abdullah dari para pemberontak yang hendak membunuhnya ketika muncul Arab Spring beberapa tahun lalu.


Jika berhasil merampas ibu kota Sana’a, pemberontak yang disokong Iran ini akan menutup setiap usaha rekonsiliasi negara GCC (Gulf Cooperation Council: Arab Saudi, Kuwait, Emiriyah Arab Bersatu, Qatar, Bahrain, dan Oman). Presiden Yaman, Abdrabbo Mansour Hadi, akhirnya meminta negara-negara Teluk, Liga Arab, dan komuniti antarabangsa supaya campur tangan dalam menghadapi pemberontakan berdarah yang dilakukan oleh separatis Houthi. Arab Saudi dan negara anggota GCC (kecuali Oman), Jordan, Mesir, Sudan, Maghribi dan Pakistan bahkan termasuk Turki menjawab panggilan tersebut dengan operasi ketenteraan yang dinamakan Decisive Storm.

Iran dan media-media Syiahnya, termasuk media Syiah di Indonesia- mengecam keras operasi ini. Tidak hairan Iran membela kelompok pengganas ini kerana sebelumnya pun mereka membuat pergolakan dan ketidakstabilan di Syria, Lebanon, Iraq, dan Yaman. Jika Yaman menjadi sekutu Iran, tentu keamanan Makkah dan Madinah kian terancam. Tindakan pencegahan ke atas Tanah Suci harus segera dilakukan. Menolong masyarakat Yaman adalah sebuah kewajiban. Dan sokongan moral dan doa kita kaum muslimin, sangat mereka perlukan 

(Sumber FB Syed Azizi)

No comments:

Post a Comment