Friday, April 17, 2015
Allah Hanya Beri Yang Terbaik
بِسْــــــــــــــــــــــمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم
—————————————————————-
إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لَآيَاتٍ لِّأُولِي الْأَلْبَابِ
الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَٰذَا بَاطِلًا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
--- Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.
Setiap kejadian alam, setiap sesuatu yang berlaku pada diri kita dan sekitar kita, tidaklah Allah jadikan sesuatu itu dengan sia-sia, pasti ada hikmahnya untuk kita diambil iktibar. Mungkin apa yang berlaku dan kita tempuhi itu menggembirakan kita, dan adakalanya ia juga mendukacitakan kita, tetapi tetap ingat dan hayatilah bahawa;---"dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.“ (Al-Baqarah 216).
Nyatanya, Qada’ dan Qadar kita telah pun Allah tentukan sejak azali lagi, aturan perjalanan hidup dalam hal susah dan senang, miskin dan kaya, rezeki dan jodoh, ajal maut semuanya telah termaktub. Allah tidak membebani kita dengan perkara yang tidak termampu untuk kita hadapi.-----"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.” (Al-Baqarah 286). ---Kebiasaannya kita terlalu mengharapkan sesuatu yang benar-benar diinginkan, akan tetapi kadangkala Allah memberikan apa yang kita tidak inginkan. Kenapa? Kerana hikmahnya agar kita sedari bahawa setiap aturan Allah itu adalah bersesuaian dengan apa yang diperlukan oleh hambaNya. Maka redhalah dengan ketentuannya yang pasti ada hikmah lebih baik dan besar untuk kita.---“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami…” SEMOGA REDHA ALLAH BERSAMA KITA SEMUA SELAMANYA.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment