Sunday, April 19, 2015

Kaum Yahudi Di Iran


Di Iran, Yahudi menghuni di tiga kota besar iaitu Tehran, Hamdan, Isfahan. Menurut data rasmi Iran, terdapat 30,000 Yahudi di Iran, suatu jumlah yang sangat besar di sebuah negara yang dikatakan ANTI ZIONIS! Isfahan terletak di tengah Iran, dikelilingi kota-kota golongan Syiah yang seolah—olah melindungi kaum Yahudi.

Golongan Sunni di Iran diburu, ulama-ulamanya digantung. Bahkan orang-orang Sunni tidak mempunyai masjid untuk solat Jumaat. Berbeza dengan sinagog (rumah ibadat Yahudi) yang banyak di bumi Iran. Orang Yahudi mempunyai hubungan baik dengan pemerintah Iran, malah mempunyai wakil di Parlimen Iran.

Yahudi dan Syiah menganggap golongan Sunni sebagai musuh bersama mereka. Orang Yahudi di Iran enggan pindah ke Palestin kerana bagi mereka Iran adalah tempat suci di mana ramai nabi mereka dimakamkan, contoh Nabi Daniel, yang meramalkan kejadian-kejadian sebelum kiamat, dan sangat dikenali oleh umat Yahudi serta Kristian.

Selain Nabi Daniel, ada juga Nabi Habqouq, Nabi Sumoil, Qeedar, Nabi Hajayy dan makam Bunyamin, saudara Nabi Yusuf. Mereka menganggap Isfahan sebagai kota tempat pertama kali mereka berkumpul selepas Jerusalem dirosakkan oleh Novukhodonsur. Sejarah menyimpan hal ini. Setelah 70 tahun penangkapan oleh raja Babylon, Nebukadnezzar, mereka berkumpul di Isfahan.

Rabi-rabi di Isfahan mengajar anak-anak Yahudi tentang berbagai kuil Yahudi. Yang lebih menghairankan, dalam hadis no. 7034 Shahih Muslim menyebut: “Anas Bin Malik mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: ‘Dajjal akan diikuti oleh 70 ribu Yahudi dari Isfahan yang memakai selendang Parsi.” Ala kuli haal, Yahudi-Yahudi di Isfahan, Iran memang selalu memakai selendang itu!!!



Surah As-Sajda, Ayat 12: وَلَوْ تَرَىٰ إِذِ الْمُجْرِمُونَ نَاكِسُو رُءُوسِهِمْ عِندَ رَبِّهِمْ رَبَّنَا أَبْصَرْنَا وَسَمِعْنَا فَارْجِعْنَا نَعْمَلْ صَالِحًا إِنَّا مُوقِنُونَ

No comments:

Post a Comment