Friday, April 17, 2015
Ubat Perut Ubat Mata
Seorang pesakit mendatangi seorang doktor. Dia memberitahu doktor, " Saya sakit perut sebab semalam saya makan nasi yang hampir basi". Jawab doktor, " Kalau begitu saya akan beri awak ubat sakit mata." Pesakit kehairanan lantas bertanya, "Eh, kenapa pulak?" Jawabnya, "Sebab mata awak yang sakit sehingga tak dapat membezakan makanan yang baik dan makanan yang basi. Saya akan berikan awak ubat sakit mata dan ubat sakit perut."
Kisah di atas menjadi renungan bagi kita semua kerana kita sering mengeluh tentang sesatu masalah tetapi bukan untuk menyelesaikannya.
Kita jarang mencari asal dan punca masaalah tersebut sehingga ia selalu berulang. Kita lebih suka tergesa-gesa. Kita cenderung menyalahkan daripada menyedarkan. Kita lebih suka menutup daripada mengakui kesalahan sendiri. Semoga Allah selalu memberikan petunjuk dan kesedaran.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment