Thursday, April 23, 2015
Harga Waktu
MASA yang berharga bukan masa yang panjang tetapi masa yang BERKAT. Pepatah melayu mengatakan masa itu emas. Sebenarnya masa lebih mahal kerana ia TIDAK BOLEH DIBELI seperti emas. Ia adalah PELABURAN.Orang beriman benar-benar menghargai HARTA yang Allah kurniakan sejak lahir, iaitu masa. Hassan al Banna mengatakan masa adalah kehidupan atau usia. Surah al Asr menjelaskan, manusia memang sentiasa kerugian kecuali yang beriman, beramal soleh, berpesan-pesan dalam kebenaran, dan dalam kesabaran. Kita mahu jadi orang yang UNTUNG DI DUNIA dan LUMAYAN DI AKHIRAT.
Kualiti iman manusia memang sentiasa turun naik. Hati manusia mudah berbolak-balik.Keinsafan silih berganti dengan kealpaan. Orang beriman faham bahawa setiap suatu yang berlaku adalah dengan izin Allah, contohnya kesesakan lalu lintas. Manfaatkan waktu itu untuk MEMPERBAHARUI IMAN DENGAN ZIKIR, bukan sumpah seranah.
MASA TIDAK BOLEH DIUBAH TETAPI BOLEH DIJIMATKAN. Tempoh 24 jam yang diurus mengikut fokus dan keutamaan dengan cara yang baik mampu menghasilkan penjimatan masa. Orang yang faham nilai masa, tahu di mana dia boleh mencuri masa, dan MEMANFAATKAN masa yang dijimatkan itu sepenuhnya. Dia melakukan tugasnya dengan cemerlang, berniat dan berusaha untuk meningkatkan kualiti dirinya dengan mencari redha Allah. Dia sentiasa ingat masa tidak pernah menunggu sesiapa. Dia enggan mensia-siakan masa kerana itu adalah perbuatan saudara syaitan.
Disebabkan masa itu berharga, MANFAATKAN SETIAP SAAT. HORMATI MASA SENDIRI DAN JUGA MASA ORANG LAIN dengan sikap sentiasa menepati waktu. Usah leka dengan nikmat MASA LAPANG, nanti tiba waktu sempit, jangan lupa nikmat sihat, khuatir sampai pula masa sakit. Orang yang beruntung cepat sedar akan kelalaian dan segera kembali beriman, beramal soleh, berpesan-pesan ke jalan kebenaran dan kesabaran.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment