Tuesday, April 14, 2015

Doa-Doa Muktabar

DOA MASUK RUMAH

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ خَيْرَ الْمَوْلَجِ وَخَيْرَ الْمَخْرَجِ بِسْمِ اللَّهِ وَلَجْنَا وَبِسْمِ اللَّهِ خَرَجْنَا وَعَلَى اللَّهِ رَبِّنَا تَوَكَّلْنَا

ALLAHUMMA INNII AS`ALUKA KHAIRAL MAULAJ WA KHAIRAL MAKHRAJ BIMILLAH WALAJNAA WA BISMILLAHI KHARAJNAA WA 'ALAALLAHI RABBINAA TAWAKKALNAA 

Ertinya:"Ya Allah, sesungguhnya aku minta kepada-Mu kebaikan tempat masuk dan tempat keluar. Dengan menyebut nama Allah, kami masuk (rumah) dan dengan menyebut nama Allah kami keluar." Setelah membaca doa ini ucapkan salam kepada keluarganya. 

Rujukan:H.R. Abu Dawud


DOA DILINDUNGI DARIPADA KEJAHATAN 

Antara faktor keluarnya darah istihadhah dan keguguran ialah kerana masuk ke bilik air ketika azan berkumandang!!!Ketika syaitan dan tenteranya berlari-lari ke dalam tandas, ketika itulah juga kita menyertai mereka. Oleh itu, masuklah ke dalam tandas sebelum atau selepas azan.Perasan atau tidak. Ketika kita berwuduk, mula solat, semasa solat dan mula membaca AlQuran, ketika itulah, anak-anak kecil kita mula bergaduh..menangis..mahu itu dan ini? Di situlah syaitan memainkan peranannya mengganggu melalui bisikan: "Mak tak dapat dikacau..dapat anak pun jadilah..'Lalu para ibu sering jadikan anak sebagai alasan untuk tidak dapat solat dengan khusyuk atau yang lebih parah, tidak solat langsung! Amalkan membaca doa yang diajar oleh Nabi SAW ajar kepada Hasan dan Husin untuk berlindung dari gangguan iblis dan syaitan. Moga kita sentiasa dilindungi-Nya.


SOLAT HAJAT BAGI MASALAH BERAT (Petua dari Ustaz Ismail Kamus) 

Bagaimana hendak buat solat hajat bagi mereka yang menghadapi masalah berat agar doa mudah dimakbulkan dan ada penyelesaian. Caranya selepas solat sunat hajat 2 rakaat dan beri salam. Selepas itu duduk dan baca surah Al-Baqarah ayat 260 semata-mata sebanyak 41 kali. Kemudian itu panjatkan doa untuk satu hajat sahaja. Buat 3 hari berturut-turut. In sya Allah akan dapat apa yang dihajatkan.

DOA PELEMBUT HATI 

Ini boleh ditujukan kepada anak-anak yang degil dan nakal, suami / isteri yang egois, adik beradik, ibu ayah, kawan-kawan atau sesiapa sahaja. Bacakan selepas solat, baca doa ini sambil niatkan minta Allah lembutkan hati si fulan, sambil membayangkan wajahnya dan hembus kepadanya. Boleh juga dibacakan dalam air minuman sebelum beri dia (suami/isteri) minum atau bacakan di ubun-ubun semasa dia (anak) tidur. Istiqamah, berterusan, jangan putus asa. Wallahua'lam 

[Sumber : Darussyifa']




No comments:

Post a Comment