Thursday, April 9, 2015

Hamba Yang Muraqabah

Al Junaid adalah seorang guru yang sangat memahami sikap pelajarnya. Dalam sebegitu ramai pelajar, ada seorang yang amat disayanginya sehingga timbul rasa kurang senang dalam hati pelajar lain. Suatu hari Al Junaid mengarahkan setiap pelajarnya menyembelih seekor burung di tempat yang tidak dapat dilihat oleh sesiapa pun. Lalu mereka pun pergi ke tempat yang jauh dan sunyi untuk menjalankan perintah 
itu.




Setelah petang mereka pun pulang dengan membawa bangkai burung yang sudah mati untuk ditunjukkan kepada guru mereka, kecuali pelajar kesayanganya yang pulang dengan tangan kosong. Pelajar lain bangga dengan pencapaian masing-masing dan memandang rendah kepada pelajar tersebut. “Mengapa kamu tidak ikut perintahku”. Dengan linangan air mata pelajar itu menjawab, “Saya terpaksa melanggar perintah cikgu kerana di mana pun saya beradaa, ALLAH SENTIASA MENGAWASI SAYA!”

Ternyata dia mengamalkan muraqabah. Cara dia mentafsirkan perintah Al Junaid berbeza daripada kawan-kawannya. Tidak terlintas di fikiran mreka ALLAH BERADA DI MANA-MANA PADA SETIAP MASA. Akhirnya mereka faham mengapa Al Junaid menyayangi pelajar tersebut. MURAQABAH (dorongan dari dalam diri) sangat efektif dan efisien dan mempunyai hubungan timbal-balik antara diri manusia dan Tuhan. Ini menjadikan kita akrab dengan Allah SWT.

No comments:

Post a Comment