Wednesday, April 8, 2015
Teknologi Membunuh Empati
Sedih sangat dengan sikap manusia yang canggih teknologi masa kini. Bila bersua dengan kejadian buruk, tidak ramai yang bersedia menghulurkan bantuan. Kalau pun tidak tahu cara mana hendak menolong, sepatutnya segeralah minta bantuan kecemasan. Pertolongan pertama itu mungkin dapat menyelamatkan nyawa mangsa.Jangan sibuk hendak "tangkap gambar untuk dihantar ke laman media sosial". Konon hendak jadi yang juara mem'viral'kan foto, hendak mengumpul seberapa banyak 'likes'. Agaknya mereka yang sibuk ambil gambar itu lupa. Apa yang berlaku pada hari ini akan datang balik kepada diri sendiri satu hari nanti. Memang itu sunnatullah. Bayangkan kalau diri sendiri yang terlantar kesakitan sedangkan orang-orang di keliling lebih sibuk mengambil gambar. Bolehkah kita marahkan orang-orang itu sedangkan kita sendiri SAMA SEPERTI MEREKA? Bila terkena batang hidung sendiri baru hendak menyesal.
Kemewahan hidup membuatkan manusia mampu memiliki pelbagai gajet canggih dan menyalurkan pula maklumat itu ke media sosial. Di sinilah berkembangnya segala macam pengaruh buruk yang membunuh jatidiri, empati dan kesopanan. Semua yang buruk sudah jadi terbiasa. Yang sopan kelihatan janggal dan asing. Manusia zaman moden biadap terhadap orang tua, alim ulama, pemimpin negara bahkan terhadap raja. Setiap teguran yang tulus dibalas dengan maki hamun. Kaedah menegur yang diajarkan Islam sudah tidak diamalkan.Kepintaran IT bersulam internet yang ditanamkan jelas telah memakan diri,membunuh segala kewarasan dan empati.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment