Saturday, April 25, 2015
Dabatul Ard
Rasulullah saw telah bersabda : “Binatang bumi itu akan keluar dengan membawa tongkat Nabi Musa dan cincin Nabi Sulaiman ,maka ia akan membuat kekang di hidung orang kafir dengan tongkat dan akan membuat wajah orang mu’min terang dengan cincin itu, sehingga dengan demikian apabila telah berkumpul beberapa orang yang makan di suatu meja hidangan ,maka salah seorang dari mereka akan berkata “makanlah wahai orang mu’min dan makanlah wahai orang kafir.”
CIRI-CIRI DABATUL ARD---Ia seekor haiwan yang mempunyai bulu panjang dan juga bulu yang pendek. Badannya sangat besar. Semasa ia keluar dari sarang, kecepatannya seperti seeokor kuda yang berlari. Ia mampu berkata-kata dengan manusia dalam pelbagai bahasa manusia di dunia ini. Tangan kirinya memegang tongkat Nabi Musa dan tangan kanannya pula memakai cincin Nabi Sulaiman. Ia keluar dari kawasan di antara bukit Sofa dan Marwa. Misi Dabatul Ard ialah untuk bercakap kepada manusia bahawa ” sesungguhnya manusia sudah tidak yakin dengan ayat-ayat Allah.” Ia membuat tanda di wajah orang Mukmin menjadi cerah dan wajah orang kafir menjadi gelap. Ia tidak menakutkan manusia tetapi ia akan memekik di kawasan Makam Ibrahim dan Hajaratul Aswad sambil menebar-nebarkan tanah di atas kepalanya. Kemudian ia menghadap timur dan memekik, lepas itu menghadap ke barat dan memekik. Suaranya melampaui segala penjuru yang menyebabkan manusia lari kerana takut. Orang mukmin tahu bahawa yang memekik itu adalah Dabatul Ard, bintang Allah dan mereka tetap berada di tempat mereka dan tidak rasa takut apapun.Dabatul Ard akan keluar selepas Ya’juj dan Ma’juj mati akibat virus yang diturunkan oleh Allah kepada mereka. Dabatul Ard akan keluar selepas terbitnya matahari seperti biasa iaitu pada waktu dhuha setelah matahari itu terbit sebelah barat . Dabatul Ard akan keluar selepas bumi pulih dari bencana Ya’juj dan Ma’juj. [sa/islampos/mu2akk1r/berbagaisumber]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment