Wednesday, February 26, 2014

Video Games Rosakkan Anak-anak Kita

serenemaklong.blogspot.com
PIHAK DUNIA BARAT, YANG DIKUASAI YAHUDI dan Nasrani, sangat memusuhi Islam... Mereka telah menggunakan pelbagai cara untuk merosakkan akidah umat Islam, termasuklah melalui VIDEO GAME... Mereka sedar, Umat Islam tidak dapat dijatuhkan melalui senjata, tetapi dengan cara MENJAUHKAN MEREKA DARI CARA HIDUP ISLAM, MELALAIKAN MEREKA, DAN MELEMAHKAN AKIDAH MEREKA.... Mereka menggunakan pendekatan secara halus, diantaranya melalui permainan komputer... Mari kita lihat DUA video game popular yang menghina Islam... 1) DEVIL MAY CRY 3:- Satu permainan komputer yang digilai remaja di negara ini, yang dikhuatiri boleh menjejaskan akidah pemainnya, kerana ia mengandungi elemen menghina Islam apabila memaparkan kalimah Allah dan Kaabah... Pemain permainan itu didakyah kononnya mereka berjihad untuk menentang SYAITAN, kerana dikehendaki menewaskan makhluk itu untuk menembusi 12 pintu sebelum ‘penghulu syaitan’ menanti mereka di pintu terakhir... Dan pintu yang terakhir itu ialah PINTU KAABAH.... Jelas tertera apabila KALIMAH ALLAH DIPAPARKAN DI SETIAP PINTU yang dikawal syaitan, termasuklah di PINTU KAABAH... 2) GUITAR HERO 3 - LEGENDS OF ROCK:- Guitar Hero 3 adalah permainan komputer yang memainkan lagu-lagu rock klasik... Paparan KALIMAH ALLAH TELAH DIJADIKAN PAPARAN LANTAI dan kemudian DIPIJAK-PIJAK OLEH MAKHLUK YANG BERUPA “SYAITAN” bermain gitar! Sungguh biadap game ini.... Jika kita tidak teliti, kita tidak akan perasan paparan kalimah Allah SWT ini.... Diantara kesan buruk video games kepada Umat Islam adalah:- 1] TERPENGARUH DENGAN PROPAGANDA MUSUH... Lebih2 lagi dengan teknologi yang hampir menyerupai alam realiti... Nilai2 Islam sudah menjauh... Jangan sebut pasal solat dan sepertinya.. 2] MEMBAZIR MASA, WANG DAN TENAGA.... Terdapat murid2 dan pelajar2 sekolah yang sanggup berhabisan duit untuk bermain video game di CYBER CAFE... Malahan ada yang sanggup MENCURI DAN MENIPU IBUBAPA semata-mata untuk melayan video game... Pelajaran diabaikan... 3] MELALAIKAN BAGI MEREKA YANG KETAGIHAN... Bayangkan kalau duduk mengadap game sehingga lupa pada tanggungjawab... Lupa makan dan minum.. Ada yang berjaga hingga jauh malam... Malah hingga ke pagi hari... Pasti memberi kesan negatif kepada institusi kekeluargaan... 4] MASALAH FIZIKAL.... Selain memberi kesan kepada mata, badan jadi lemah, kesihatan terjejas... Dan seterusnya membawa ke mental.... BUKAN SEMUA PERMAINAN VIDEO MEMBERI PENGARUH BURUK terhadap penggemarnya... Mungkin ianya memberi impak pada segelintir yang tidak mampu membezakan yang baik atau buruk... Yang paling penting perlu ada ialah PENGAWASAN DAN DISIPLIN DIRI..... IBUBAPA PERLU TEGAS DENGAN ANAK2.... Ia bagi mengelakkan pengaruh negatif yang ditonjolkan dalam permainan video memberi kesan kepada penggemarnya.....

No comments:

Post a Comment