Wednesday, February 19, 2014

Cukupkah Keselamatan Rumah Kita?

serenemaklong.blogspot.com
Sekarang , banyak kes pecah rumah dan ada ahli keluarga yang dibunuh atau dirogol oleh perompak. Muhasabahkan diri kita. Adakah kita pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua dalam keluarga menentukan anak-anak dan isteri kita selamat ketika tidur waktu malam hari? Adakah kita pernah memagar rumah kita secara fizikal dan dipagari dengan pendinding ayat Al-Quran? Rumah yang dipagar dengan keluli atau mangga solex, sekiranya perompak menggunakan ilmu sihir boleh membuka semua kunci, kerana ilmu sihir itu kerja iblis dan syaitan. Terutama perompak dari Indonesia yang mahir menggunakan ilmu sihir, memukau dan membuka kunci. Hanya dengan menepuk mangga ia terbuka tanpa kunci. Jadi mari kita pagar rumah kita dengan ayat suci Al-Quran dan baca tip pencegahan ini. TIP MENGELAKKAN KECURIAN: (1) Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri. Mereka mungkin dijadikan sebagai tebusan perompak. (2) Kunci atau sorokkan semua pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang. Pencuri lazimnya akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri, bertujuan untuk melindungi diri mereka. (3) Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12:00 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu di luar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan Petaling Jaya). (4) Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka. (5) Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju. (6) Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, jika terjaga tengah malam, cuba on and off kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa alert). (7) Tekan butang merah alarm kereta anda jika anda syak pencuri sudah berada dalam rumah. (8) Sekiranya terlihat orang-orang asing di kawasan rumah, sila dapatkan plet nombor motor/kereta mereka. Yang naik motor selalunya berdua dan setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala. (9) Pesan kepada jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah dan mengaku saudara kita bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefor pejabat anda kepada jiran supaya mereka boleh double check dengan kita. (10) Semasa tidur, pastikan handphone / cordless telephone berada di sisi anda ataupun sambungkan satu sambungan dalam bilik tidur. Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya terasa kehadiran pencuri di dalam rumah. (11) Adakan senarai nombor telefon kecemasan seperti polis kawasan anda, bomba kawasan anda, 999 atau sebagainya, pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafalkan nombor tersebut. Ini memudahkan anda membuat panggilan. (12) Kalau mampu, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatic alarm. (13) Lampu anjung dan lampu belakang rumah sepatutnya terpasang secara automatik bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi bercuti. (14) Kalau cuti lama, minta jiran kutip surat-surat dalam peti surat. Peti surat yang penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah. (15) Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda. (16) Kereta Proton paling mudah dicuri. Kalau kereta anda bbaru, sekurang-kurangnya anda perlu lock gear & steering sebelum tidur. (Sebenarnya ia masih boleh dicuri, tetapi akan berjaya melambatkan pencuri). (17) Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual dan anda perlu ada kunci pendua jika berlaku kebakaran. (18) Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas. (19) Jangan letak kunci bawah pasu bunga/peti surat/alang pintu/tepi tingkap bila hendak keluar. Pencuri tahu taktik ni.. Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat. (20) Kalau sewa rumah baru pastikan anda tukar mangga yang baru, mana tahu bekas-bekas penyewa lama ada menyimpan kunci pendua. (21) Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing. (22) Pastikan keadaan selamat sebelum buka pintu rumah , tidak kira siang atau malam, terutama balik selepas 11:00 malam. [kredit: ct nafisa]

No comments:

Post a Comment